Awal bulan Jun haritu guru kelas Khilfi ada buat request untuk setiap parents yang berkemampuan untuk beli book shelf kecil untuk anak masing-masing.  Book shelf tu nanti nak letak di belakang kelas.  Jadi korang letaklah apa barang yang nak diletak dalam lemari memasing nanti.  

Ammi pun order jelah kat Shopee macam yang cikgu minta tu.  Plan asalnya selepas cuti Raya Hajilah baru Khilfi dapat bawak balik ke asrama sebab dah janji dengan dia kitorang tak jumpa dia selepas dari tarikh kita hantar dia awal bulan (5/6/2023) haritu.  Tup-tup dia kena sakit mata pulak...maka dapatlah dia bawak balik cepat.

Pagi Ahad tu dia pasanglah sendiri almari ni.  Terkial-kial juga.  Datang kakak hmmmm baru lancar je.  Kakak lagi pandai baca manual dari si Khilfi.  Acaner Khilfi???? Dah kahwin sok bini suruh pasang barang awak jangan terkial-kial ye.


Get ready barang-barang yang nak dibawa balik asrama.  Jangan ada isu BATHI lagi ye kalini.


Kasut tu kasut kedua dalam tempoh 3 bulan.  Yelah baru 3 bulan kan?  Dorang mendaftar 27.3.2023 sekarang belum hujung bulan 6 pun.  Mana dia letak kasut dia ntah, sudahnya hilang.  Perasan hilang pun masa last nak hantar dia balik semula ke asrama selepas cuti sekolah yang seminggu tu.  Dah sampai asrama baru perasan tak ada kasut sebab sepanjang dalam kereta dia pakai selipar.  Sudahnya keluarlah semula dari sekolah, pergi ke AEON Ayer Keroh...belikan.  Ada satu je kedai kasut.  Memang terpaksa ke sini je sebab masa tu cuti hujung minggu yang panjang dan sepanjang jalan jam.

Ni ammi suruh je dia letak kasut ni dalam locker pastu spray dengan febreze.  Kalau RM6.90 tak pe juga harga kasut tu...yang ammi beli baru ni RM119 harga dia.  Yang murah macam beli awal tu dah takde.  So, no choice beli jelah.


So, nanti dia akan stack up book shelf yang dibeli tu camni.  


Kipas ni awal-awal lagi haritu parents dah kumpul duit untuk beli.  Panas wei kelas dia.  Bukan kata kelas...Melaka kan memang agak panas ditambah pula dengan cuaca sekarang yang panas lagilah double panas.