Sabtu, 20.5.2023 pepagi lagi kami bergerak dari Melaka ke Muar.  Taknak sarapan kat Melaka, tapi nak sarapan mee bandung kat Muar sambil makan-makan satay.  

Pegi Muar ni sebab nak attend majlis perkahwinan anak buah (anak kepada sepupu Abah)..dah alang-alang mulanya plan nak lajak terus ke JB...tapi tak jadi pulak sebab Abah ada urusan lain di KL petang Sabtu tu.

Jumaat malam kami dah ada kat Melaka sebenarnya sebab malam Jumaat tu attend Talentime di sekolah Khilfi.  Pihak sekolah bagi kelonggaran pada anak-anak tingkatan 1 untuk dibawa balik selepas Talentime (sebab pihak sekolah pun tau anak-anak tak cukup rehat sepanjang minggu demi menjayakan Talentime).  

Pagi tu main terjah je mana-mana kedai yang kluar kat google search.  Ammi ke kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah...tapiiiiiii ammi rasa tak sedap mee bandungnya.  Kenapa orang kata sedap ye?  Confius mak.


Kenapa beralaskan tisu?  Itulah perangai seketul anak nombor 2 ni dari kecik sampai ke tua.  Jangan ko jamu dia dengan pinggan see through gini.  Kalau tak dialas boleh meremang-meremang tengkuk dia makan sambil nampak meja kat bawah tu.  Arwah mama pun pening dengan seketul anak yang banyak songeh ni.

Dalam blog yang ammi google kata sedap dan ada satay...tapi satay dia tengahari daa.  Keciwa disitu.


Sudahnya bila bergerak ke depan sikit ehhhh nampak orang dok bakar satay.  Abah pun berhenti tepi jalan dan order satay.  Kelabu hasap je tingkat kereta kami...ahakss

Settle membeli satay moh le kita melepak kat taman yang ada.  Apa ke nama taman  tu ntahlah...lupa pulak ammi.  Tulah masalah bila ko peruk cerita berzaman.


Bukan main lagi budak yang dapat chance keluar dari asrama ni.


Konsep panjat pandai turun tak reti...dah serupa cerita kucing panjat pokok masa zaman kekecik dulu.


Harta dunia akhirat seketul ammi yang garang.


Yang tengah ni tak sabar nak tinggi.  Sekarnag ni asal balik je ukur ketinggian dengan ammi.  


Yelah...feeling-feelinglah anak.


Bersama amminya yang kemetot


Cermin mata gelap mak awak tu ada power tau tak...


Lepak kat tangga ni sambil menikmati satay yang dibeli.


Sedap sataynya...lembut je.  Tapi sebab gigi ammi sakit melampau...makanya makan sikit jelah.  Tak kuasa hai nak mengunyah.  Ni pun setiap 4 jam ammi makan panadol.


Dalam pukul 10 lebih ke 11 kami gerak ke rumah sepupu Abah.  Biasa orang letak gambar pengantin...ni mak bapak pengantin yang enterframe masuk dalam bunting.  Apa pun tahniahlah Abg Tebek dan Kak Ani sebab dapat menantu.


Dalam pukul 12 lebih kitorang dah gerak balik Seremban semula.  Abah ada urusan petang di KL (urusanlah sangat...abah ada game bola sebenarnya).  Tapi dah hujung minggu tak reti duduk rumah...tak kira belanja kita durian.


Yang kat belakang tak sedar abahnya turun beli durian.  Bila ammi buka satu bekas durian tu baru yang besar ni macam "I smell durian", bercakap sambil mata tertutup.

Ammi sebenarnya tak suka pegi suatu tempat tu dalam keadaan tergesa-gesa.  Tak puas sungguh rasanya.