Ammi ada nampak orang up soalan ni kat group mana ntah kat Facebook.


Huhuhu.. jawapan daripada isteri tu subjektif.  Bergantung pada jenis suami yang korang dapat.

Pada ammi, kalau kata adalah option yang sebegini dan andai kata suami tu sejenis yang tak boleh dipakai, maksudnya dahlah malas kerja, panas baran, tak reti nak membantu kat rumah, semua benda lepas kahwin isteri kena buat sendiri dari pagi sampai ke malam pegi kerja dengan kerja rumah lagi.  Hal-hal kewangan berkaitan rumah isteri yang uruskan...suami duduk rumah goyang kaki sambil main game yang dia tau nak makan nak makan nak makan.  Anak melalak dia buat tak tau, kerja sekolah anak taknak dipantau...

Yang itu memang wajar sangat isteri tu pilih duit 1billion.  Sekurang-kurangnya tak semak mata korang dengan perangai haprak laki korang...dan korangpun boleh bersenang-lenang dengan duit 1billion tu bersama anak-anak.

Kalau ammi sendiri, hmmmmm ammi masih memerlukan suami ammi .  Biar tak hensem, biar tak kaya janji tak menyusahkan hidup ammi .  Dia suami yang menyenangkan dalam banyak hal, dia suami yang tak banyak kerenah, tak banyak songeh.  Dia memang bukan suami yang bantu ammi pantau kerja sekolah anak-anak sebab pada dia ammi lebih pakar dalam hal-hal berkaitan akademik...ecehhh macam pandai sangat bini dia ni.  Tapi dia suami yang menyediakan segala keperluan kami.  Dia yang masak setiap hari dari Isnin hingga Jumaat sebab taknak isteri dia penat selepas balik kerja.  Dia ayah yang pantau hal-hal berkaitan ibadah anak-anak.  So, bab solat, bab ngaji ammi takyah amik port sebab ammi pun kelaut dalam jugak.

Jadi...saya menolak 1billion dan memilih KAMARULZAMAN kerana 1billion tu mungkin akan membuatkan saya gundah gulana gelisah sepanjang hayat kerana membuang suami yang baik. 

Sekian.