Last week lagi sebenarnya ammi dah terima "variety box" dari SR.  Baguslah Wheel of Names tu...rajin dia pilih nama ammi hahaha.  Wheel of Names tu pilih nama ammi untuk terima hadiah sempena SR buat GA Blog Masuk Tingkatan 1 tu.

Kalau nak ikutkan minggu lepas juga nak di"up"kan posting ni sebab boss ammi takde pun kat office hampir sepanjang minggu.  Tapi ammi ni yang sibuk melantun-lantun.  Bila sampai rumah nak on laptop pun dah malas.  Ikutkan dalam MRT ada je masa nak type sebab gambar dah masuk dalam draft tapi nak type entry pun punyalah sendu.  Rasa macam penat sangat mata ni. Ni pun ada deadline yang nak dikejar untuk kes minggu depan.  Jadi harinilah ammi upkan post penghargaan ni.

pink parcel

Di dalam sampul ada sampul dan sampul... cantik pulak sampul pink ni walau hakikatnya ammi bukanlah penggemar pink.  Nampak "tegap" sampulnya.  Potong cantik-cantik pastu ammi simpan hahahha...kot-kotlah nak guna lain kali masa drop barang kat post guard sekolah Kyra.

Variety Box

Bukak je terus nampak baju ni.. dan terus nak nyanyi lagu Sabella Sabella..

Dalam variety box ni ada baju, shawl, cloth wipe, sachet of coffee, vico, keropok tamtam dan super cute spray perfume.  Macam tau je ammi suka haruman Gucci Envy itu.  Psstt...Cool Water by Davidoff pun ammi suka gak tau.  Ahakssss

Terima kasih daun keladi.  Semoga Allah luaskan rezeki awak sekeluarga SR.