GA datang lagi.

SR buat giveaway sempena usia blognya dah mencecah 13 tahun.  Tajuk dia kemain lagi... Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

Tiba-tiba teringat blog lama ammi yang dah arwah akibat di"hapus"kan secara kejam oleh blogger.  Kalau masih hidup dah hampir 16 tahun usianya sebab ammi mula berblog tahun 2006.  Orang kata barang yang lepas jangan dikenang...cuba untuk tidak mengenang TAPI.... gila tak ingat? Lama wei kita bela dia, pakaikan baju cecantik tiba-tiba orang "hilang"kan dia.  Sedih.

Ok ok...apa merempan tak tentu hala ni ammi?



SR,

Kalau blog awak ni perempuan, dah anak dara dah dia.
Dah boleh diharap masuk dapur tolong mak kemas dapur
Dah boleh diharap sapu rumah, mop rumah
Dah boleh diharap jemur kain cecantik, lipat kain cecantik
Dah boleh share-share handbags, tudung dengan mak


Eh terbayang anak dara sendiri pulak.  Hahhaha

Semoga SR terus menulis sampailah blog ni masuk U, pastu bertunang, kahwin, dapat cucu ehhhhh..