Sakit tekak memang sesuatu yang ammi rasa tak ada siapa pun suka. Sakit tekak bukan saja buat kita rasa tak selesa untuk bercakap, makan, minum, menelan malahan boleh mengakibatkan kita sakit kepala kerana terlalu menekan sewaktu bercakap.

Ramai yang berpendapat solusi mudah menghilangkan sakit tekak adalah dengan menghisap atau melarutkan lozeng di dalam air dan diminum. Tidak dinafikan lozeng lebih digemari kena rasanya lebih enak disamping mengandungi sebatian yang mampu melegakan sakit tekak seperti tylenol, amylmetacresol dan menthol. Namun bagi yang tidak ada lozeng dirumah, atau mungkin tidak berkemampuan untuk mendapatkan lozeng kerana harganya yang "boleh tahan", ada je solusi yang lain yang boleh meredakan sakit tekak.


5 bahan alternatif yang boleh merawat sakit tekak selain lozeng


Madu

Madu memang telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil madu dan dimakan dua kali sehari. Ia bukan saja melegakan sakit tekak malahan membantu untuk menyembuhkan luka ditekak.


(Photo credit to JessicaGavin)

Air Garam

Ini adalah cara bagi "old school". Rumah mana yang tak ada garam? Larutkan je sesudu garam halus di dalam air suam dan berkumurlah dengannya. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Ulang setiap 4-6 jam.


(Photo credit to istockphoto)

Teh Pudina / Chamomile

Bagi yang ada teh berperisa pudina (peppermint) ataupun chamomile dirumah, boleh juga dibancuh dan diminum kerana ia dapat membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Disamping tu pudina juga mampu menyegarkan nafas sebab tulah ia antara bahan yang digunakan didalam pembuatan ubat gigi.

Chamomile dikatakan boleh juga mengurang sakit menstruasi dan mengurangkan keradangan.


(Photo credit to medicalnewstoday.com)

Air lemon

Sekiranya ada lemon dirumah, kerana kita pun tahu harga lemon sekarang pun dah jadi harga kayangan, bolehlah diperah airnya dan diminum kerana ia boleh mengurangkan sakit tekak. Lemon ada kandungan vitamin C dan antioksidan yang lain yang mana pengambilan lemon boleh melawan keradangan disamping meningkatkan jumlah air liur yang dihasilkan oleh badan, yang boleh membantu mengekalkan membran mukus lembap.

Cuba gabungkan lemon dengan air suam dan sedikit madu atau air garam untuk memaksimumkan manfaatnya.

Halia

Halia juga boleh membantu melegakan sakit tekak. Ada kajian makmal mendapati ekstrak halia boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan penyakit pernafasan. Ada terdapat ekstrak halia dijual dipasaran tapi kalau ada halia di dapur kita parut je sendiri nak kita buat sendiri. Lebih menjimatkan.

Caranya
  1. Parutkan halia sehingga lebih kurang sesudu besar 
  2. Didihkan lebih kurang 1 liter air. 
  3. Masukkan halia yang diparut dan ditutup sebentar.
  4. Setelah sedikit sejuk masukkan sesudu madu, dan perahan lemon. 
  5. Kacau sebati dan minum.


(Photo credit to Google) 

Ini merupakan antara alternatif yang ammi gunakan sepanjang merawat masalah sakit tekak akibat dijangkiti covid-19.