Hari Isnin (25.4.2022) ada majlis watikah perlantikan pengawas di sekolah Khilfi.  Dia bukanlah pengawas sekolah tapi dia Bridged Computer.  Kira macam pengawas dalam  makmal komputer gitu.  Apa-apa jelah janji bertanggungjawab pada amanah yang diberikan.


Alahai, kemetot je anak ammi yang sorang ni walaupun dah darjah 6.  

Lepas tu hari Selasa dia ada majlis Ihya Ramadhan.  Dia pergi sekolah pakai baju melayu jalan sebab dia ada persembahan Nasyid dan kebetulan nak ambil hadiah sebab participate dalam acara Daie Kecil & Hafazan.

Cemburu si Ozil sebab dia kena pergi sekolah pakai baju sekolah....tapi abangnya boleh pakai baju jalan.  Hahahha..sapa suruh tak nak pantas angkat tangan dan join.


Eh, macam mana jadi hitam pulak background gambarnya ni.  Masa ambil gambar takdelah hitam gitu.


Inilah hadiah yang ada dalam bag "pink" tu.  Sebuah Al-Quran dan 4 set pencil box.  

Rasa ammi dalam rumah yang selalu dapat hadiah set pensil box ni memang Khilfi.  Tak kiralah dari sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan.


Dah dapat banyak hadiah pensil case jangan pulak bersepah-sepah je pemadam, pensil bagai sebab tiap kali sapu rumah mesti jumpa macam2 celah katil.  Geram je.