Kes 1
Ada suatu hari, ketika Abah duduk bersama kawan-kawannya dibawah rumah, kawan abah berkata.. "Baguslah anak kau Kay, nak main bola, nak joging petang-petang.  Anak aku game memanjang".

Kes 2
Bekas kawan sepejabat ammi yang ada anak di sekolah menengah tapi dia masih perlu buat semua kerja rumah sendiri.  Sampai dirumah selepas waktu pejabat sudah dipertengahan Maghrib, perlu bergegas solat, panaskan lauk yang memang telah disiapkan terlebih awal, kutip baju anak-anak dari setiap bilik.  Weekend dia sendiri yang perlu menyapu, vacuum, mop dan sebagainya.  Ammi rasa penat sangat tengok keadaan dia (bila dia bercerita sambil menangis sebab katanya anak tak ada inisiatif nak menolong langsung).

Kes 3
"I prefer my only daughter to focus on her study.  I don't mind doing all the house chores on my own" kata kawan ammi dengan bangganya.  Ayat ini tak pastilah ditujukan kepada sesiapa di dalam group WhatsApp tapi yang pasti dia tak suka keadaan bila kami ibu-ibu yang lain minta anak untuk tolong di dapur, tolong bantu kemas rumah.  Pada dia itu bukan kerja anak-anak.  Anak hanya perlu BELAJAR.

*****************************************************

Teringat kata-kata seorang penceramah waktu anak-anak ammi masih kecil.."didik anak sebagai Hamba sekarang supaya kelak tidak menjadi Tuan" dan kalau arwah mama pula konsep dia mendidik anak adalah "biar anak itu menangis sekarang, dari kita menangis kemudian".  

Kata penceramah tersebut sekarang ni kes ibu melahirkan tuan tu dah berleluasa.  Contohnya macam kes-kes kat atas yang ammi sebutkan tadi.  Kes 1 & Kes 2, ibu ayah tak boleh dah nak gunakan kuasa bersuara pada anak yang pada ammi itukan sememangnya telah diamanahkan pada kita sebagai ibu bapa.  Kita diamanahkan Allah untuk mencorak kain putih.  Kalau pilihan warnanya kusam, maka kusamlah jadinya hasil tu nanti.  Kes 3 tu lainlah pulak.  

Bila fikir balik, tak sia-sia Abah dan Ammi terapkan konsep "KAMI TUAN" dalam mendidik anak-anak sejak anak tu kecil lagi.  Bukanlah kata kami berdua ni bossy bila mendidik anak tapi kami tegas.  Benda boleh dibawa berbincang kita bincang, benda tak boleh dibawa berbincang you follow our rules.  Abah dan ammi sentiasa cuba untuk biarkan anak-anak tu sama-sama rasa apa yang kita rasa supaya dia taktau apa itu erti penat.  Contohnya bila kami buat perkara-perkara kat bawah ni.

Penyediaan Makanan

Waktu nak makan, kita sama-sama akan siapkan makanan atas meja. Sama-sama siapkan pinggan, lauk, sudu, air.  Bukan ammi je buat sorang-sorang pastu anak datang makan, tinggalkan pinggan disinki, tinggalkan meja makan tanpa dikemaskan selepas makan.  Perkara begitu jarang berlaku kecuali ammi tengok anak-anak betul-betul flat lepas balik sekolah.  Anak-anak puasa, anak-anak demam, jadi adalah kelonggaran disitu. 

Ada je kan ibu yang rasa tak selesa bila ada orang lain bersama dia didapur especially anak-anak.  Takut berkecah, takut tak ikut "spec" dia masa memotong dan sebagainya.  Ammi ajar je anak even anak lelaki pun masak nasi, goreng telur, goreng sayur sebab otak ammi selalu aje berfikiran kalau ammi mati esok sekurang-kurangnya anak-anak masih tau cara nak mengisi perut mereka.  Dan ammi perasan anak-anak seronok masa makan bilamana masa tu dia akan cakap "tadi Abang yang bersihkan sayur tu", "tadi Alip yang kopek kulit bawang dengan potong mushroom".


Khilfi gaul ayam pakai dua tangan pun boleh...masuk-masuk dapur masa tu ammi tengok dia baikkkk punya pakai dua tangan.  

Melipat Baju

Anak-anak perlu lipat baju mereka sendiri.  Tak cantik? Pada awalnya ye, akan ada bahagian baju yang terjulur disana sini.  Tapi ammi rasa semua orang pun begitu.  Siapa je di antara kita yang buat kali pertama terus perfect?  Lebih baik kita ajar dari anak kita taktau langsung cara nak melipat baju.  Tak ikut spec?  Kita tunjukkanlah kat anak cara melipat mengikut kesukaan kita.  Tangan perlu dilipat bagaimana, kolar macam mana, lipat style macam mana ...insyaallah samalah nanti "spec"nya.


Mengemas Rumah


Nak main handphone dihujung minggu?  Boleh tak ada masalah. Siapkan kerja sekolah, siapkan kerja rumah yang ditugaskan, buktikan semuanya siap dan ammi pasti akan "unlock" telefon masing-masing.  Itu perjanjiannya.  Buat kerja sama-sama dan bukan hanya yang perempuan saja yang buat tapi anak lelaki bangun je tidur duduk bergolek depan TV.

Bersih ke dorang menyapu?
Memang tak bersih sangat.  Biasanya selepas anak-anak sapu ammi akan sapu semula tapi ammi gunalah ayat yang sedap sikit supaya dorang tak terasa hati.  Sekurang-kurangnya dorang tak kekok untuk pegang penyapu, pegang mop bila kat dalam kelas, bila buat gotong royong nanti.

Bangun tidur, do your own bed.  Cadar perlu ditegangkan, selimut perlu dilipat.
Mandi, letak kan baju kotor dalam laundry basket, bukan campak merata. 
Mandi, towel gantung cantik-cantik, bukan hempok je atas tempat penyidai.


Si kecik ni memang dari kecik suka nau pegang batang penyapu.  Terkenan perangai mendiang moyang dia gamaknya.  Kyra dari usia 7 tahun dah rajin tolong ammi mop rumah.  Dulu ammi jarang suruh anak mop tapi dia suka mop sebab seronok katanya.  Seriouslah mop tu menyeronokkan?

Makan Sayur

Ini lagi satu perkara yang ammi rasa ramai parents kalah dengan anak mereka.  Why? 

Kita yang lahirkan dia, kita yang ajar anak makan dan minum sejak usianya 1 jam dilahirkan tapi kenapa bila anak tu dah besar sikit dia menolak untuk makan sayur kita kena layan perangai tu?  Sepatutnya kalau dari usia baby tu 6 bulan sewaktu dah boleh diberi makan solid food, kita dah kena lenyekkan sayur didalam bubur, bagi baby tu biasa dengan rasa sayur yang tak berapa nak sedap tu.  Lama-lama dorang mesti ok.

Teringat ammi pada arwah mama yang kepantangannya dimeja makan adalah bila anak-anak cuba untuk asingkan sayur  di dalam pinggan.  Memang masa tu juga rotan zassss melekap kat badan.




Jadi beginilah cara Abah & Ammi didik anak-anak.  Kita buat sama-sama.  

Anak-anak boleh bagi pendapat, pandangan, cadangan dan kami akan terima sekiranya sesuai.  We are not DICTATOR.  We just act like we are TUAN.  Mungkin orang akan kata "Eh cara kau ajar anak dah tak sesuai zaman ni".. tak kisahlah.  Mendidik tu kan ada macam-macam cara, dan ini cara yang kami pilih.

Ammi pernah tanya pada Kyra & Khilfi awal tahun ni sebab dorang dah agak besar dan boleh berfikirkan.  Apa pendapat dorang tentang ketegasan Abah & Ammi dalam mendidik dorang.  

Kyra:  Kakak ok je.  Ammi dengan Abah baik apaaaaa (boleh agak tak nada dia camna) yang penting kakak tetap kesayangan abah dengan ammi (sambil buat mata ke atas tangan ke bahu macam kat bawah ni).


Khilfi:  Dulu masa abang kecik abang tak suka kena buat kerja sambil pakai mask sebab abang rasa malas tapi sekarang abang ok je sebab abang taknak masuk neraka.

Jadi bila dah tanya camni kat anak-anak dan respon yang ammi terima pun macam baik bermakna kami ni bukanlah diktator.  Kita implement concept "Give and Take" bukan hanya take, take and take without giving anything.

Para ibu bapa muda diluar sana, pilihan untuk anak anda jadi apa bila dorang besar nanti berada dalam tangan kalian.  You decide.  Tak salah mendengar cakap anak, tapi jangan sampai anak tu pijak kepala kita.