Suka duka 2021

2021 banyak tinggalkan kenangan buat Ammi.  Walaupun agak lambat ammi buat sesi throwback ni tapi ammi cuba jugalah buat.  Ammi sebenarnya dah draft entry ni dari hujung Disember lagi...tapi bila type banyak-banyak dihandphone ni makanya banyak juga yang perlu di'amend'.  Handphone mmg suka buat auto correct ikut suka dia je kan.


Januari 2021

20.1.2021 arwah mama menjalani pembedahan to remove tumor yang ada dibahagian kanan pipi (tempat biasanya ada beguk tu). Pembedahan berlangsung selama 12 jam dan diagnosis selepas autopsi mendapati mama menghidap Salivatory Duct Cancer (Kanser Kelenjar Air Liur). Luluh hati mendengar.


Februari 2021

Kyra attended few interviews untuk SBP, MRSM dan SMISTA.


Mac 2021

1.3.2021 adalah tarikh pertama Ozil hadir secara fizikal ke sekolah sebagai standard 1 pupil.


April 2021

Kyra mula mendaftar masuk ke asrama. Walaupun gagal untuk menempatkan diri dimana-mana sekolah berasrama penuh, sekolah berprestij tapi dapat peluang belajar disekolah harian dengan aliran agama pun dah sangat bersyukur. Ingat lagi arwah mama was so happy Kyra dapat masuk asrama dan setiap hari mama akan call tanya barang cucunya dah habis packing ke belum. Tanya itu cukup tak, ini cukup tak.  Allahhhhh rindunya Ammi dengan arwah mama.

29.4.2021 ammi bawa mama berjumpa dentist sebab mama sakit gigi sangat-sangat.  Sakit gigi sebab IKN cabut hampir 6 batang gigi mama untuk pasang port radiotherapy dan chemotherapy.

Dan itulah hari terakhir ammi jumpa mama, salam peluk mama.


Mei 2021

PKP 3.0 dilaksanakan dan buat tahun ke2 kami beraya di KL.  Hanya bervideo call je dengan arwah mama dan adik beradik.


Jun 2021

PKP lagi dan lagi dan lagi


Julai 2021

Bulan duka bagi kami.

8.7.2021 - Bermula episod duka kami sekeluarga.  Mama dan semua ahli keluarga diSeremban disahkan positif COVID-19.

15.7.2021 - Mama dan abang iwan (abang ipar) dibawa ambulans ke hospital. Mama ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan abang iwan di Hospital Tampin.

16.7.2021 - Along pula dibawa ke HTJ dan keadaannya oxygennya sangat merosot dan disahkan berada di Stage 5.  Anak-anak buah yang bertiga pulak, 2 yang lelaki ditempat di Pusat Kuarantin di Nilai dan yang perempuan di Port Dickson. Bersepah-sepah mereka.

25.7.2021 - Sekitar jam 5 petang, Alhamdulillah Along berjaya melepasi stage kritikal dan dibenarkan discaj.  Suaminya juga discaj di hari yang sama.

26.7.2021 - Mama tinggalkan kami tanpa pesan di pagi Isnin jam 1.58.  Al-Fatihah buatmu mama.  Maafkan kami mama, kami tak dapat siapkan mama buat kali terakhir.  Tengok pengebumian mama pun hanya dari jauh je.


Tahlil arwah mama selama 3 hari kami buat menerusi Google Meet saja sebab masih dalam tempoh PKP.  Alhamdulillah, bacaan yasin diketuai oleh cucu saudara arwah Mama dan dihadiri oleh adik beradik mama yang masih ada, kakak ipar, sepupu mama, anak-anak saudara, cucu saudara, kawan-kawan ammi yang memang rapat dengan mama.



Ogos 2021

Rindu pada yang tiada memang sangat menyakitkan tetapi life has to go on.  

Ammi cuba fokus pada Khilfi yang akan menduduki peperiksaan UPKK.  Cuba juga fokus pada Kyra & Ozil  juga untuk kelas PDPR.

31.8.2021 - buat pertama kalinya ammi sambut harilahir tanpa ucapan dari mama.  Sedihnya....malam sebelum tidur memang ammi menangis sungguh-sungguh sebab entahlah..rindu yang macam mana ntah.  Selalunya mama akan call ammi tepat jam 1.15pm sebab itulah waktu ammi dilahirkan.  Mama pernah cakap dulu.."orang sibuk nak solat Jumaat, ko sibuk pulak nak keluar waktu tu"

 

September 2021

Akhirnya kita berada di Fasa 2 bermula 10.9.2021

Kebenaran merentas daerah dibenarkan makanya kami merentas dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor.


10.9.2021 juga blog lama ammi dikuburkan oleh blogger dan ammi terpaksa mewujudkan blog baru.  Beberapa kali ammi request untuk direview apa yang menyebabkan blog lama ammi di"remove" tetapi request tinggal request.  Huh.


Oktober 2021

7.10.2021 - Ammi tukar domain blog.  Takut juga dengan insiden blog diremove sesuka hati.

12.10.2021 - Birthday abah yang ke 48 tahun.  Hadiahkan abah sepasang boots bola jelah.  Yang mur-mur je sudah janji boleh bersenam.


Ek eh...rambang mata pulak dia.  Dah rambang pastu bila dah shortlisted pun taktau nak pilih yang mana.



November 2021

Sekolah telah mula dijalankan secara bersemuka tetapi masih ada penggiliran.

MPKAFA bagi pelajar tahun 5 dan 6, sekolah KAFA, SRA, sekolah agama swasta dilaksanakan.


Disember 2021

21.12.2021 - birthday ke13 anak dara ammi dan ini kali pertama dia tak sambut sekali dengan arwah Mumanya.

24.12.2021 - sepatutnya ini adalah birthday arwah mama dan biasanya kita calling-calling, makan-makan...tapi segalanya dah berakhir.


Sambutan birthday terakhir bersama mama.


Walaupun birthdaynya 24/12/2020, dan hari gambar di ambil adalah 25/12/2020, kami tetap gak nak sambut birthday mama lagi sekali.  Rupanya itulah birhtday terakhirnya.


28.12.2021 - Diakhiri dengan kejayaan Khilfi di dalam MPKAFA.

********************************************************

Semoga 2022 lebih baik dari tahun sebelumnya.  Semoga Allah tingkatkan iman dan ketaqwaan kami padaNya.

Post a Comment

9 Comments

  1. Aminn. Semoga semuanya baik baik saja dan dipermudahkan urusan Ammi sekeluarga.

    Selepas hujan, pelangi datang 🌈

    ReplyDelete
  2. Dana baca sambil rasa sedih sebak... kehilangan orang tersayang, rindu yg tak terungkap ya ammi

    ReplyDelete
  3. Al- fatihah buat mama...semoga 2022 yang baik- baik aje untuk kita semua

    ReplyDelete
  4. 2021 yg penuh kisah
    sayuuu bca bila bab kehilangan mama sb dulu laluinya
    rinduuu yg teramattt
    2021 jga sarat dukaa buat ciknur tp x berkesempatan. nk buat coretan lagi

    ReplyDelete
  5. sayu je baca..Allahuakbar...Al Fatihah buat arwah mama..moga ditempatkan dikalangan org yg beriman...
    moga tahun ni lebih baik dr tahun sebelumnya..in sya Allah...

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar....betul tu rindu yang tidak terlerai bila rindu pada orang tersayang yang telah meninggal dunia. Semuga ammi dan keluarga tabah menghadapi duagaan yang akan datang.

    ReplyDelete
  7. Aini sendiri pun terasa dengan kesedihan Ammi. Semoga roh mama Ammi tenang dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..
    Semoga tahun 2022 ni dapat buat Ammi happy dan sihat sentiasa..Aamiin

    ReplyDelete
  8. Tahun 2021 berlalu ada suka dan dukanya. Banyak yang berlaku dan paling perit dugaan kehilangan orang yang tersayang. Semoga tahun 2022 lebih indah .

    ReplyDelete