THE GHOST BRIDE

Tengah MC ni ammi layan jelah movie or drama bila rasa nak layan.  Bukanlah sepanjang masa ammi conquer tv....tapi once ammi dah tengok jangan usik, jangan tukar.

Throwback sikit...masa kecik dulu ammi duduk di kawasan yang ramai orang India dan Cina.  Pastu jalan besar nak masuk ke rumah ammi ada satu rumah yang ada tokong cina besar.  Memang sefamily dia jenis kuat sembahyang kot.  Dan ada bulan (bulan hantu) yang dorang akan pasang stage untuk opera, pasang screen untuk orang kampung tengok movie.  Macam-macam ceritalah dia pasang.  Cerita P. Ramlee, cerita Tamil, cerita Cina.  Dan ammi pun memang suka tengok cerita cina especially yang jenis Maharaja2 ni.  Mama biasanya siap bekalkan tikar bantal lagi dan munchy-munchy.  Bolehlah tengok sambil baring-baring.

Masa time study dulu asal pukul 6 je dah duduk depan TV layan drama cina Hong Kong.  

Eh melalut pulak...

**************************************************

Jadi scroll cari bahan di Netflix ammi nampak cerita ni "The Ghost Bride".  Macam best.  Ada 6 episod je oklah.


Bila dah play..ehhhh cerita Malaysia rupanya.  Pelakon-pelakon yang perempuan semua pakai kebaya nyonya.  Ingatkan cerita Hong Kong ke Taiwan ke.

***********************************************

Cerita ni berlatarkan sekitar tahun 1890 di Melaka.  Seorang wanita (Li Lan) yang menerima lamaran perkahwinan daripada keluarga kaya untuk menjadi "pengantin hantu" untuk anak lelaki mereka (Tian Ching) yang meninggal di usia muda.  Perempuan ni sebenarnya suka pada adik lelaki si mati (Tian Bai) dan taknak pun jadi pengantin hantu walaupun keluarga kaya tu kata perkahwinan ni boleh selesaikan masalah kewangan yang dialami oleh ayah perempuan tu.  

Dijadikan cerita, ayah perempuan ni keluarlah dari rumah untuk cari kerja lain sbb bisnes dia dah drop.  On the way tu dia mengalami kecelakaan dan koma.  Jadi si Tian Ching ni ambil kesempatan dan sering muncul dalam mimpu Li Lan dan paksa dia untuk kahwin kalau nak selamatkan ayahnya.  Dan Tian Ching ni bawak juga Li Lan ni tengok keadaan bapak dia di "Netherworld".  Netherworld ni pada kepercayaan orang cina tempat di antara hidup dan mati.



Tian Ching mintak Li Lan cari siapa yang bunuh dia dan Li Lan di beri 10 hari untuk cari pembunuhnya.  Akhirnya dia terpaksa bersetuju dengan "lelaki yang dah meninggal" tu sebab nak selamatkan bapa dia dari mati.  Lelaki tu sering je ganggu dia dalam tidur.  Jadi dia sangat terpaksa.

Janganlah serius sangat tengok cerita sebab ada je benda yang tak relevan dengan kita sebagai orang Islam.  Ini drama tentang kepercayaan masyarakat Cina.  Kehidupan mereka selepas mati sebelum di bawa ke muka pengadilan...macam mana keadaan orang yang ditengah-tengah antara hidup dan mati.  

Dalam cerita ni ada gak Malaikat Maut dia yang makan rasuah.  See bukan orang biasa je makan rasuah malaikat dia pun sama gak.  Tian Ching ni walaupun dah mati tapi dia masih jalani hidup macam biasa cumanya bukan didunialah.  Dia hidup di antara dunia dan akhirat (tapi sebab dia rasuah malaikat dia tu) makanya dia terlepas dari pengadilan.

Muncullah juga dalam drama ni "The Heavenly Guard" (Er Lang) ... macam Malaikat yang baik untuk nak bantu Li Lan dan nak perangi malaikat yang makan rasuah tu.

Ending cerita ni sedihlah jugak...sebab si Li Lan dan tersuka dengan Er Lang dan begitulah sebaliknya.  Tapi acano nak kawin..sorang orang biasa sorang Malaikat.


Li Lan dan Er Lang


Gambaran kehidupan selepas mati.. yang belakang-belakang tu kiranya orang mati yang tunggu hari pengadilan.

Kuang Tian

Kuang Tian  (dalam cerita ni dialah si jahat Tian Ching tu).
Tapi handsome lelaki ni..walaupun dia jahat tetap ammi suka tengok muka dia.

Dengan rambutnya.  Alahaiii.

Post a Comment

10 Comments

  1. Seronok pulak bila ingat kenangan tengok screen besar zaman kecik dulu. Lahh cerita Cina Malaysia ke rupanya. Cerita macam ni kalau dah layan sikit macam best, jangan dikacau tengok :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Macm menarik je citer dia..ada tgok poster lalu lalang kat Netflix..bleh tgok la..

    ReplyDelete
  4. Kuang Tian sekali pandang macam muka anuar zain masa dia muda handsome..

    ReplyDelete
  5. citer ni best. parents saya pun suka. ok lah kalau dewasa yang tengok, dah boleh tapis mana yang khurafat tolak tepi. baju heroin pun cantik-cantik walaupun cam tak logik je tahun 1890an perempuan pakai sleeveless. haha

    ReplyDelete
  6. dulu ada juga tengok cerita cina malaysia atau singapore sekarang ni memang tak tahu lah.. mesti comel tengok pelakon dia pakai kebaya nyonya :)

    ReplyDelete
  7. Eh sama lahhh kita. Masa bebudak dulu petang2 mmg layannn cerita cina hong kong kat tv v3 hahaha.. cerita cina lokal kat tv2 pun kekadang layannnn jugak masa tu haha.

    Amboi, malaikat pun makan rasuah tau.. hahahaha. mcm menarik cerita ni!

    ReplyDelete
  8. Rajin betul layan drama hehehe.

    ReplyDelete
  9. dulu aku suka tgk cita2 cina ni..but nowadays, kureng la plak...
    but watak jahat tu..emmm..helok... ha ha ha!

    ReplyDelete