Day 1 - CAH Cheras

Assalamualaikum..

Hampir seminggu tak update apa-apa.  Ammi ok je lepas discharge hari Sabtu lepas (8/1/2022).  Sakit-sakit kat tempat luka tu adalah sikit bila nak bangun, duduk tu tapi ok je.  Yang terlebih-lebih sakit tu otak..malas nau nak fikir dan type ayat.  Tapi ammi nak juga letak kenangan ammi being hospitalized kalini.  Yang lama terkubur bersama blog lama.

Ammi mula warded 5/1/2022 untuk procedure LOC.  Seawal 8.50 pagi ammi dah sampai hospital.  Macam gembira sangat nak check-in gamaknya.  Hahahha..takdelah dah kata dalam buku appointment tu datang pukul 9 kita datanglah on time.  

Dah daftar nama bagai, admission clerk tu kata buat masa ni katil di ward tak available tapi dorang tempatkan ammi kat Labour Room dulu.  Ahakssss...nak kasi ammi pengalaman duduk dalam LR ke apa ni? Mentang-mentang ammi tak merasa duduk dalam LR masa bersalin dulu sbb terus masuk OT je.


Sampai kat kerusi kaunter Registration je abah boleh hantar ammi.  Belum seminit nak berenggang snow cap dengan facemask dah senget-benget ye Bah.

Lepas tu bag dan barang-barang ammi diuruskan oleh admission clerk.  Ammi? Lenggang mak limah jelah.  


Boleh tahan besar rupanya labour room ni ye.  Ammi pernah dok nyibuk intai LR masa kat hospital tempat ammi bersalin dulu...kecik je ruangnya.

Masuk je terus nurse buat ECG untuk ammi sebab itulah tujuannya masuk awal.  Nak monitor jantung dulu.  Bacaan ECG nampak ok.  Tak nampak macam sebelum ammi buat prosedur RFA dulu.  


Di satu sudut sebelah kiri tempat ammi ada trolley baby ni.  Alahaiiii rasa nak beranak pulak.  Hahahha.

Dah solat zohor bagai (toilet kat LR ni besar wei..boleh letak meja pingpong kat dalam tu), datanglah doctor Cardio interview kejap.  Pastu datang pulak pakar bius untuk procedure esok..interview dan suruh gi buat X-Ray dada.  Dia tanya ada rasa sakit bahagian dada ke? Ammi cakaplah bila sental kuali adalah rasa sakit kat belah kanan..tapi dada bahagian kiri kan uolls? Ntah...layan jelah.  Janji esok tak kejung masa operation.

Terus je ammi yang sihat walafiat boleh berjalan ni dipaksa duduk atas wheelchair dan dibawa ke bilik Radiography.  Balik dari X-Ray alhamdulillah dah ada bilik yang menanti dan terus je ammi dibawa ke situ.  Bag-bag semua nanti dorang yang settlekan.  Ehhhh terasa macam kritikal sangat ammi tak dibagi jalan.

Petang tu around pukul 6 hujan lebat tapi ammi gigih gaklah turun bawah cari kopi sebab tak reti wei ammi nak minum air coklat yang tawar hebeh dan ammi cari juga buns untuk dibuat bekal esok pagi sebelum kena berpuasa.  Last ammi boleh makan pukul 5 pagi.


Dapat satu cup latte baru rasa wowwwww..

Lepas mandi, solat bagai ehhhh tetiba sejuk melampau pulak bilik ni.  Tadi elok je sesedap rasa.  Cuaca hujan diluar mungkin.


Selubung camni...pastu pasang earphone dan marilah layan tengok drama Kisah Cinta Kita tu.  Drama ni dah tamat pun ammi baru hegeh2 jumpa telegramnya dan tengok marathon sambil forwardkan bab-bab yang tak kuasa nak dilayan.  

Sebelum tidur nasib teringat untuk kunci jam...kalau tak kebulurlah ko sampai ke petang tak boleh makan.

Day 2 ammi sambung esok lusa supaya masa terluang diisi sebaiknya.  

Ammi dah conquer bilik Kyra so takyahlah nak angkut laptop yang berat ni tiap kali nak guna.  Eloklah juga biliknya tak kosong sementara dia di asrama kan. 

Post a Comment

13 Comments

  1. No wonder Ammi lama menyepi.. Semoga baik-baik aje..

    ReplyDelete
  2. baru discharge ye. Moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Alllahu...
    Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk Ammi dan mudahkan urusan...
    in sha Allah

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh ammi.. pantang baik-baik ye..

    ReplyDelete
  5. Moga baik-baik saja ye Ammi.

    ReplyDelete
  6. kan...aku siap ckp dulu, saya x sakit..nak jalan je x leh ker? x boleh puan...
    adoi la..merasa la dok atas wheelchair

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya saya dah baca lama, tapi tak tau lah kenapa, saya sedih. Jadi tak terluah dalam bntuk komen. Dalam hati berharap benar ammi sihat2 aje selalu <3

    ReplyDelete
  8. mmg mcm tu kot procedure dia, kena naik wheelchair utk gi x-ray walaupun boleh jalan sendiri...dulu pun kena mcm tu jg..hehe..

    suspens kan rasanya sebelum operation..

    ReplyDelete
  9. Tgok latte tu la buat SA jeles hari tu...gelak baca kena tunggu dalam LR tu...hahahha....feeling- feeling beranak erk

    ReplyDelete
  10. besar betul LR dia.. Mujur cepat juga dapat katil yang sepatutnya..

    ReplyDelete
  11. Senang prosesnya tu tak lah penat menunggu lama. Saya pulak yang risau Ammi dok berjalan beli kopi tu :)

    ReplyDelete
  12. nampak rilex je ammi, kalau dana dah cuak macam apa

    ReplyDelete