Pertandingan Tilawah

Tahun lepas Khilfi wakil sekolah bersama group nasyidnya.  Tahun ni memula dia join nasyid juga tapi tup-tup Ustazah pilih dia untuk wakil sekolah acara tilawah pulak.  

2 hari selepas pertandingan baru tau keputusannya sebab anak bertuah ni tak call.  Cikgu pun tak update.  



Kalau ikutkan disini bermakna tidaklah menang apa-apa anak ammi ni.  But its okay.  

Nasyid ada peningkatan.  Tahun lepas di tempat ke-4 kalau tak silap ammi.  


Dah alang-alang tu kita "curi"lah sekali gambar yang cikgu kongsi di Facebook sekolah.  Kesian pulak wakil nasyid MOZAC ni.  Masih lagi berbaju melayu purple sama macam tahun lepas.  Memang ini je kot baju melayu yang ada.  

Anak ammi pulak dia pakai baju melayu dan sampin sendiri yang dia dah pakai sejak dari Form 1 lagi.  Masih muat nampaknya.  

Minggu lepas ammi tanya dia tentang pertandingan tu.  Dia kata memula dia macam okay tapi lepas dia tau salah sorang peserta tu ayahnya johan qari kebangsaan, dia terus auto gugup.  Aishhh awak ni...yang johan tu ayahnya bukan anaknya.  Kena belajar kuatkan mental anak lanang nan sorang ni.

Post a Comment

11 Comments

  1. adoi...dia punya reason tu...hahhaa
    takpelah, tahun depan kalau ada peluang, boleh cuba lagi

    ReplyDelete
  2. Hebat tu anak lanang Ammi terpilih wakil sekolah acara tilawah. Tak menang pun takpe, yang penting ada keberanian mencuba dan dapat pengalaman berharga.

    ReplyDelete
  3. hahaha kelakar lah, ayah dia yang johan belum tentu lagi anak dia power jugak. takpe lah, dapat lah pengalaman bertilawah peringkat daerah.

    ReplyDelete
  4. Tak memang takpe.... Yang penting pengalaman tu

    ReplyDelete
  5. Takpe nanti cuba lagi. First time mmg nervous la. At least dapat pengalaman berharga dah. Good job Khilfi 👍🏻

    ReplyDelete
  6. pengalaman tu yang penting. tahniah dapat wakil sekolah.

    ReplyDelete
  7. congrats jugak sbb terpilih utk masuk tu pun satu pencapaian dan dpt pengalaman dan pendedahan jugak. cuma kena train psl mental agak kuat dan tak mudah patah semangat gitu

    ReplyDelete
  8. wah hebanya...good luck anak. pengalaman yang berharga.

    ReplyDelete
  9. okey sangat tu... tahniah!
    insya allah mana tahu tahun dpn boleh jadi juara

    ReplyDelete
  10. Apa la kene mengena reason tu Khilfi oiii..yg Johan Qari tu abah eh....hahahaha..kelakar la awak ni...

    ReplyDelete
  11. Wahhh... tahniah Khilfi wakil tilawah sekolah.

    ReplyDelete