Pertandingan Tilawah

Tahun lepas Khilfi wakil sekolah bersama group nasyidnya.  Tahun ni memula dia join nasyid juga tapi tup-tup Ustazah pilih dia untuk wakil sekolah acara tilawah pulak.  

2 hari selepas pertandingan baru tau keputusannya sebab anak bertuah ni tak call.  Cikgu pun tak update.  



Kalau ikutkan disini bermakna tidaklah menang apa-apa anak ammi ni.  But its okay.  

Nasyid ada peningkatan.  Tahun lepas di tempat ke-4 kalau tak silap ammi.  


Dah alang-alang tu kita "curi"lah sekali gambar yang cikgu kongsi di Facebook sekolah.  Kesian pulak wakil nasyid MOZAC ni.  Masih lagi berbaju melayu purple sama macam tahun lepas.  Memang ini je kot baju melayu yang ada.  

Anak ammi pulak dia pakai baju melayu dan sampin sendiri yang dia dah pakai sejak dari Form 1 lagi.  Masih muat nampaknya.  

Minggu lepas ammi tanya dia tentang pertandingan tu.  Dia kata memula dia macam okay tapi lepas dia tau salah sorang peserta tu ayahnya johan qari kebangsaan, dia terus auto gugup.  Aishhh awak ni...yang johan tu ayahnya bukan anaknya.  Kena belajar kuatkan mental anak lanang nan sorang ni.

Post a Comment

0 Comments