Raya Pertama

Kalau tak peram memang bukan ammilah kan.

Tahun ni kami beraya di Seremban dulu tapi ammi tak buat apa-apa pun.  Kami bersarapan di rumah Along ammi.  Biasanya Along yang datang ke rumah ammi di pagi raya tapi rasa macam biadap pulakkan...ada pulak kakak datang beraya dirumah adik.  So, ini tahun ammi cakap ngan Along, kitorang yang akan pergi rumah Along.  

Ammi pun kurang ambil gambar tahun ni.  


Kita pakai je warna biru yang gini.  Guna semula baju yang kita pakai masa majlis sanding anak buah bulan Januari haritu.  Untuk lelaki beli kurta je sebab biasanya kalau beli set baju melayu pun memang baju jelah yang dornag pakai.  Seluar tu elok je bergantung kat hanger.  


Family belah ammi kecil.  Setakat ni ada 5 orang perempuan saja (tapi adik ipar ammi takde dalam gambar sebab dia beraya di Gua Musang).  Along dan Ammi dah cakap ngan adik bongsu kami, its ok kalau nak beraya di Kelantan setiap tahun sebab dia masih ada ibu dan ayah mertua.  Disini kita cuma adik beradik je.  Tidak mengapa, kita jumpa lewat sikit.


Along dan Angah.  Alang dah 22 tahun lamanya pergi tinggalkan kami.  

Selesai disini, kita gerak jelah terus ke rumah makcik ammi.  Dalam taman yang sama juga.


Dah 87 usia Wak Kamariah.  Ini kakak ipar arwah mama.  Tapi kadang-kadang kita pun lupa dia ni ipar mama.  Rasa macam dia kakak kandung arwah mama sebab kita pun rapat dengan dia.  Walaupun arwah pakcik ammi meninggal tahun 1988, tapi rumah Wak memang sentiasa jadi rumah nombor satu kami pergi.  Ada kenduri, kerja kahwin memang rumah inilah yang dulu kami cari.  


Tahun ni ammi pun lupa Wak buat kulit or tunjang lembu.  Wak cakap haritu tapi ammi dah lupa.  Tapi memang tiap tahun kami ke rumah wak, wak akan cakap "Kay, ni wak masak lauk kesukaan kay".  Ehhhh memang dia akan pastikan abah makan ok.  Sapa anak buah sebenarnya ni?  I jeles ok.  Kesukaan ammi, ayam masak kicap wak.  

Habis je disini kami terus berpecah.  Along ke rumah sebelah mentuanya dan ammi pun gerak ke belah abah.  Kami ke Port Dickson, rumah kakak sulung abah.  Tapi sekeping gambar pun takde.  Seriuslah?

Dari PD kami terus je ke Pengkalan Balak.  Ini rumah sepupu abah.  Mereka membesar bersama lepas arwah mak mentua ammi meninggal.  


Panas berdonting.  Ingatkan dah datang siang dah ok...sekali beriya Balang suruh datang belah malam pulak sebab dia nak ajak main bunga api.  Aisehmannnn.  

Settle di sini kami geraklah pulak ke rumah biasa tempat kami menumpang tidur di Lesung Batu, Alor Gajah.  Kat situ meamng semua adik beradik abah berkumpul.  Sebelah rumah tempat berkaraoke, berdrama, bergolek.  Sebelah lagi tempat isi perut.

Lepas maghrib kami gerak semula ke kampung.  Sebelum main bunga api, kita makan dulu sambal ayam kaklang Manisah yang dilawankan dengan telur dadar lembik.  Ya Allahhhhh, nikmatnya makan.  Air tangan kaklang Manisah ni entahlah, dia goreng telur mata kerbau pun rasa sedapnya lahai.


Sungguh, Balang yang paling beriya tengok bunga api.  Memang ada sesi balas-membalas bunga api.  Lepas orang sana bakar, orang sebelah kiri pulak bakar.  Pastu orang belah mana pulak bakar ntah.  


Macam pesta pulak, bersahut-sahutan mercun dan bunga apinya.  



2 bersaudara ni memanglah.  Konsep, di mana ada dia, di situ ada kamu.


Lepas main silalah sapu semula bersihkan laman tu.  Hambik, penuh satu kereta sorong dengan sampah bunga api.  

Masuk je kereta, ammi terlelap sungguh.  Tau-tau dah sampai ke Alor Gajah semula.  Punyalah penat + panas.  Tak sabar nak mandi dan tidur.

Begitulah hari raya pertama kami.  

Post a Comment

0 Comments