Tawaran

Jumaat lepas Kyra dapat tawaran ke tingkatan 6.  Infact semua lepasan SPM yang layak memang automatik ditawarkan ke tingkatan 6 mengikut pakej yang sesuai.  Alhamdulillah, dia layak ditawarkan ke bidang SAINS sesuai dengan minatnya dan yang lagi best dia layak untuk buat program tingkatan 6 di Kampus Universiti.

Disebabkan Kyra bersekolah asrama jadi penempatan sekolah belum lagi kita tau.  Kena berhubung dengan PPD.  Kalau ikut research yang ammi buat, tingkatan 6 untuk aliran sains di Seremban yang paling hampir dengan rumah hanya di Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz dan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah.  

Tapi dah kata layak buat di kampus Universiti kita apply jelah kan...mana tau ada rezeki.  Hanya 2 universiti je yang buat program rintis STPM ni... Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.  Dan disebabkan kita berada di selatan jadi kalau kita apply, permohonan akan auto ke UKM.




Hari Isnin lepas pulak diumumkan tawaran kemasukan ke Matrikulasi.  Alhamdulillahhhhh, lega rasanya bila ada tempat untuk Kyra.  


Mujur juga dapat pun di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.  

Haritu ammi sedih juga sebab dia tak layak langsung nak apply Asasi di UPU.  Jadi course yang dia pilih di UPU adalah diploma.  Yang paling dia harap Diploma Sains di UPSI.  Tapi dia terima je dulu Matrix ni.  

Buatlah elok-elok kakak....lain orang lain rezekinya.  Bila dah direzekikan dengan yang macam ini, gunakan rezeki ini sebaiknya supaya kakak dapat buat degree macam yang kakak minat.  

Tapi sebelum dapatnya dua tawaran ni, Kyra ada dapat 1 lagi tawaran buat Asasi Sains daripada Universiti Malaya-Wales.  Ini kira private wings UM la.  Huhuhu...yang ini awal-awal ammi dah suruh dia put on hold dulu.  Tak mampu de abah ammi kakak oooiii.  Yuran buat foundation setahun kat situ je dah makan belas ribu.

Keluar result UPU nanti, harap-harap dipertengahan May.  Kalau dapat apa yang dia nak tu, buatlah solat istikharah kakak.  Buat pilihan yang tepat.  Kaji buruk baiknya.


Post a Comment

0 Comments