Hari Jumaat di awal April, jemput je Alip balik dari sekolah kami terus je shoot ke Johor. Memang plan asal nak kumpul beramai-ramai di rumah kaklang di Johor Bahru. Ammi angkut jugalah laptop office just in case tetiba boss call kata ada benda nak buat.
On the way tu ammi saja-saja jelah cakap ngan abah kalau-kalaulah dia nak singgah di Kota Tinggi kejap sebab ammi ni tak pernah sepanjang usia ammi, gi rumah pakcik ammi di sana. Secara geografi ammi ni taktau pun berapa jarak JB dan Kota Bharu. Nak ke JB lalu ke tidak Kota Tinggi. Kita yang buta jalan ni main sebut je dan bila Abah kata on ammi terus je whatsapp kakak sepupu ammi minta alamat. Thank you my shuben my syurga.
Lebih kurang lepas asar kami sampai di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi. Ammi ni last jumpa dengan WakLan (abang arwah mama) rasanya PRU 14 (tahun 2018) dulu. Masa tu wak masih sihat walafiat, jadi dapatlah wak berjalan ke Seremban jumpa adik-adiknya. Anak wak pun ada sorang di Seremban. Sekarang ni kalau berlama dalam kereta nanti sakit lutunya, kakinya.
Alhamdulillah, nampak je sign board ni terus rasa berdebar. Macam nak pergi jumpa boyfriend buat pertama kali pulak. hahahahah..
Along Anja dah bagi location, direction, siap tunjuk gambar rumah lagi beserta description.
Dalam ramai-ramai adik-beradik arwah mama, Wak Lan (anak ke-4 kalau tak silap ammi) dan arwah Wak Ib (anak ke-5) yang duduk jauh dari yang lain. Sorang di Johor dan sorang di Penang.
Wak ni kelakar orangnya. Dari muda sampai ke "muda" masih kelakar orangnya. Ammi ingat masa ammi mula-mula dapat tawaran course Secretaryship kat
ITM wak cakap
"jadi seketeri nanti kau jangan pakai kain haram halal haram halal (sambil buat gaya orang pakai kain belah sampai ke peha), wak benam kau dalam parit nanti".
Bukti Wak masih suka bergurau. Tak kering gusi ammi ni. Dan at the age of 87 Wak masih ingat semua.
"Anaknya dijaga elok, macam Sharmila Tagore orangnya. Kalau yang datang serupa Rishi Kapoor jangan diterima terus. Siasat". Wak wedhok taknak masuk dalam gambar sebab dia pakai t-shirt lengan pendek.
Masa kami datang wak tengah buat puasa 6 yang terakhir. Jadi kami pun takdelah nak lelama sangat. Dalam sejam gitu kita gerak sebab panjang lagi perjalanan.
Macam orang mengandung pulak tapi saya cuma mengandungi lemak, bukan mengandung.
Wak ni namanya
Zulkarnain tapi dipanggil Lan sebab katanya nama asal diberi Maulana tapi masa buat IC jadi Zulkarnain. "Macam mama ko jugak...namanya
Siti Khadijah tapi jadi
Muslimah. Itu yang masih dipanggil Ijah". Tang arwah mama jangan kata nama berubah, masalahnya mama dan adik mama bertukar identiti terus. Adik mama dapat keluarkan pencen lagi awal dari mama hahahha sebab dorang bertukar nama atas kertas. Gitulah zaman dulu-dulu bila orang tuanya buta huruf.
Tang ejaan nama bapa pun macam-macam versi ada...ada yang Bariyo, Birio, Wirio, Wirid.
Alhamdulillah, semoga dapatlah kami adik-beradik singgah ke rumah Wak nanti. Along pun teringin gak nak ke sini.
0 Comments