Permohonan Tingkatan 1 ke Sekolah Agama Berasrama Penuh Maahad Ahmadi Negeri Sembilan telah dibuka.  Sekolah ni letaknya kat Gemencheh tau dan di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).  Masih belum terlewat rasanya untuk ammi kongsikan info ini buat semua.

Disebabkan ammi lahir di Negeri Sembilan dan insyaallah bulan 2 nanti nak bermastautin di Negeri Sembilan, ammi cubalah juga mohon untuk Khilfi.  Tapi sebelum ammi apply ammi tanyalah juga dengan dia, berminat ke tidak.  Nampak gayanya dia tak kisah sekolah biasa, sekolah sains, sekolah aliran agama.  "Abang ok je mana-mana sekolah pun".  Alhamdulillah Allah mudahkan ammi.  Tak perlu ada sessi pujuk-pujuk bagai.  Ada rezeki dia adalah.

Pada ibu ayah yang ada anak-anak tahun 6 yang memenuhi syarat-syarat Am kat bawah ni bolehlah cuba mohon.  Mana tahu ada rezeki anak-anak jadi penghufaz Al-Quran.

Pautan Pendaftaran Tingkatan 1 Sekolah Agama Berasrama Penuh Maahad Ahmadi Negeri Sembilan.  Tarikh Permohonan ni adalah dari 5 Disember 2022 hingga 16 Disember 2022 saja ye tuan-tuan dan puan-puan.