Pada ibu ayah yang bermastautin di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dan ada anak-anak di tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat untuk nak sambung pengajian tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi sessi 2023 di sekolah beraliran agama bolehlah cuba apply sekolah-sekolah yang tersenarai di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ni.  Ada 3 sekolah yang ditawarkan untuk tingkatan 1 dan untuk pelajar tingkatan 4 pula hanya 1 ye sekolah yang ditawarkan.

Tahun ni insyaallah ammi akan cuba apply untuk Khilfi sekolah ni.  Kalau dulu masa Kyra dia berminat nak apply ke SMISTA tapi rezeki tak menyebelahi Kyra, dan kalini Khilfi dia nak apply SMA MAIWP.  Dia takut dia tak boleh bawa subjek dia SMISTA kalau dia apply.  Ikut awaklah nak...

Permohonan untuk tingkatan 1 dibuka bermula 25 November 2022 sehingga 15 Disember 2022 dan bolehlah klik pautan ni untuk membuat permohonan ==> Pautan Permohonan Tingkatan 1

Permohonan untuk ke tingkatan 4 pula dibuka bermula 21 November 2022 sehingga 9 Januari 2023 dan permohonan boleh dibuat disini ==> Pautan Permohonan Tingkatan 4.



Kita berusaha, kita berdoa, Allah yang menentukan.  Insyaallah.