Birthday Kyra hari Rabu haritu kami sambut dengan acara makan-makan.  Memang itu jelah kami buat tiap kali ada sambutan hari lahir anak-anak.  Tak reti ammi nak plan surprise2 bagai.  Korang pilih nak makan mana abah & ammi akan bawa.  

Macam yang ammi dah jangkakan dalam post birthday Kyra haritu, memang confirm dia pilih untuk makan stimbot.  Rasanya semenjak birthday dia yang ke-8 dia tak pernah miss mintak makan stimbot tiap kali hari lahir dia.

Walaupun dah bagi dia pilihan restaurant lain macam korean, japan, arab, western...dia tetap nak stimbot.  Okkkkkk its your day and you decide what to eat.  Ammi pun cari jelah tempat makan.  Haritu masa tengok tiktok adalah nampak orang share restoran ni dan ammi pun masuk dalam list tempat nak pergi.  Terus je whatsapp restaurant ni  booking tempat sebab biasanya kalau tempat lain full.  

Lepas maghrib kami pun gerak.  Hari hujan, jadi jalan jadi agak jam, mujur waze bawak masuk celah mana ntah nak elak jam.  Rumah ammi di area Sg. Besi, tempat nak dituju dekat Puchong Prima, boleh tahan juga jauhnya.  Tapi dah maknya gedik pilih situ...nasiblah.


Gi tempat mur-mur je.  Tak cuba tak tahu.  


Budak yang diraikan.  14 sudah usiamu anak...Alhamdulillah.  Baju ammi yang ini dah terus jadi hakmilik kekal dia.  


Chit Chat Steamboat & Grill.


Pilihan sayuran yang ada.  Ammi agak kecewa dengan kualiti sayur-sayur dia.  Agak layu ,sayu dan kering je.  


Pilihan untuk grill.  Daging lembu dan ayam yang dah diperap dengan macam-macam flavour.


Pilihan bebola


Eh...ada pulak terselit anak orang kat belakang tu.  Pilihan seafood rasanya ada di ambil gambar haritu...tapi tak ada pulak dalam simpanan.  Ke ammi mimpi je?


Pilihan sos
Ada juga pilihan makanan yang telah digoreng macam mee goreng, nasi goreng, baby crab goreng, tauhu-tauhu kering...tapi gambar sume ilek.


Kami duduk diluar.  Agak cozy sebab tak ramai orang.  Tak macam tempat-tempat stimbot lain yang biasanya fullhouse.


Si kecik tu tak sudah-sudah dengan jagung dan instant noodle.  Bukan main lagi ye dia...mentang-mentang ammi kata ambil je apa nak makan...bukan main lagi dia layan instant noodle.



Ammi dok perati je dia ni.  Makan sambil mengelamun. Ntah apa yang dia pandang kat belah sana pun ammi taktau.  Lepas mengelamun dia jalan masuk dalam ambil aiskrim.  Bermangkuk-mangkuk dia makan.


Kami ambil 2 pot... berkuahkan tomyam dan sup ayam.


Syurga anak-anak ahaksss..


Syurga emaknya.


Alhamdulillah.  Balik dengan perut yang penuh.  Nak baring pun takut termuntah je masa tidur.  Selalu dinner pukul 7 malam dah selesai...haritu pukul 10.30 malam masih makan.  Ko rasa?  Korang tak yah rasa apa-apa....biar ammi je yang rasa bersalah.

Pilihan makanan agak tak memberansangkan.  Mungkin sesuailah dengan harganya sebab ammi rasa agak murah juga harganya.  Biasanya tempat lain yang ammi pergi harga bagi satu kepala cecah RM60 juga.  Jadi nak bebel pun padanlah muka ko ammi...ko yang pilih tempat.