Alhamdulillah hari ini sekitar jam 12.30 Ozil dah dibenarkan untuk discharge.

Terima kasih pada rakan-rakan bloggers yang concern dan mendoakan kesihatan anak ammi.  Semoga kalian juga diberikan kesihatan yang baik.  Insyaallah.

Dapat je surat boleh discharge seketul mak ni tak menyempat.  Terus je call abah suruh datang cecepat.  Plannya takyahlah datang waktu melawat pukul 12.30 - 2 tu... datang yang petang je sebab panjang sikit masanya.

Ammi pun tinggalkan Ozil kat ward (ammi bagi tau kat nurse ammi nak settlekan urusan discaj kat kaunter bayaran dan ambil ubat kat pharmacy semua).  Dorang ok je.  "Mak pergilah kami tengokkan Khalif" katanya.  

Bil keseluruhan dia cuma RM218.00 je untuk "penginapan 3 hari 2 malam".  Disebabkan masa masuk haritu kita bagi deposit RM1,000.00, baki RM782 tu katanya nanti dia bank-in kan ke bank dalam masa 7-14 hari.  Kalau refund atas dari RM200 memang gitu prosedurnya katanya.  

Kalau diikutkan patutnya sehari je Ozil di tahan diward.  Tapi semalam pagi bleeding lagi kisahnya.  So, datang doctor pakar dan dia mintak "puasakan" Ozil sebab nak masuk dalam OT petang nanti.  Bila dah petang, tengok dah tak berdarah dan tak perlu dijahit semula tapi cukup setakat digam sahaja sebab cuma ada satu lubang kecil je.  Mungkin akibat jarak jahitan yang tak begitu cantik.  Kita follow jelah kata mereka yang arif.  Penat weiiii nak duduk lelama kat hospital.  Walaupun wad pediatrik ni selesa sesangat tapi tetap tak sama dengan rumah sendiri kan.

Jadi bermalamlah lagi kami dihospital.  


Settle je digam dinner dia pun sampai, lelaju ammi suapkan dia.  Kesian anak kita lapar tau.  Bila dia lapar dengan kita sekali tak lalu nak makan.  Mana nak sampai hati mak nak makan ataupun minum bila anak terpaksa berpuasakan?

Settle makan malam...bagi dia layan phone dulu sebab malam nak kena berendam dalam air garam.  Lepas menangis menggugu-gugu dalam besen berisi air garam...penat gamaknya tertido si bujang kecik ammi ni.


Ginilah keadaan dia masa pagi tadi.  Sarapan pagi dah sampai tapi dia masih tidur lagi.  Kita "cuti"kan dia dari bersolat sementara ni la ye.  Harap-harap lepas dah sihat nanti tak liat pulak nak solat semula.

Sejuk sungguh ward ni.  Ammi terpaksa buat gini masa nak selimutkan dia sebab kat spital ni tak ada pulak benda nak cover "bebird" dia.  


Bangun, mandi, berendam sambil nangis-nangis pastu ammi siap ugut kalau tak berhenti nangis ammi jentik je bebird tu.  Terus senyap.  Ha tau takut.

Nurse bagi uniform jenis berseluar pulak guysss...aisehman acaner nak buat ni?  Sudahnya ammi gulung-gulung baju ammi letak kat atas paha dia supaya seluar tu tak bersentuhan dengan bebird dia.  Jadi mak kena kreatif lebih sikit.


Layan handphone pun muka menahan "pedih". Rupanya dia dok tahan nak buang air besar sebab dia phobia bila waktu cebok tu.  Ahaks... dah jangan ngengada nak tahan-tahan.  Ajommmmm kita settlekan apa yang patut.

Masa doctor round eh berani pulak dia cakap dengan doctor..

Ozil:  Doctor, bila saya nak balik?
Doctor:  Bila awak nak balik?
Ozil:  Sekarang
Doctor:  Sekarang tak boleh, balik esok je

Terus pandang tempat lain tak nak respond dengan doctor bila doctor tanya soalan.  Ehhhh pandai sentap rupanya anak ammi ni.


Sebelum pukul 2 dah sampai rumah.  Alhamdulillah.

Ada yang tanya kenapa deposit mahal?  Bila ammi check balik rupanya ada beberapa range deposit yang diambil masa pendaftaran kemasukan ward.  Macam kes Ozil ni yang pada awalnya doctor-doctor di bahagian Emergency suspect akan melibatkan |surgery" maka disebabkan itulah pihak hospital ambil deposit sebanyak RM1,000.00.