59 tahun sudah penyatuan Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.

Semoga kita terus aman makmur di dalam sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama.


Pembentukan persekutuan baru ini sepatutnya dirancang untuk berlaku pada 1 Jun 1963 tetapi ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 untuk disambut bersama sambutan kemerdekaan yang ke-enam.  Namun akibat daripada beberapa isu yang berkaitan dengan bantahan yang dikemukakan oleh Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan persekutuan ini maka pengisytiharan tertangguh sehinggalah ke 16 September 1963.  

SELAMAT HARI MALAYSIA!