Sekejapan di Pintasan Saloma

Khamis minggu lepas memandangkan Jumaat tu cuti Hari Malaysia maka malam tu kitorang pun keluarlah berlibur.  Dah lama dah nak pergi situ...tapi tak pergi lagi.  Orang yang luar KL pun dah sampai situ yang duduk kat KL tak sampai-sampai lagi.

Lepas Maghrib kitorang keluar.  Gi cari dinner dulu.  Kitorang pergi makan kat Lanai @ Matic je.  Parking free kat situ ye uollsss.  Pilihan food trucks banyak tapi ammi 24x pusing (over exaggerating sungguh) taktau nak makan apa.  Sekeping gambar pun tak ambik kat sini...sebab MALAS.  Dan ramai juga tourists kat situ.  

Settle makan semua maka kitorang pun berjalanlah ke Pintasan Saloma tu.  Lalu celah-celah restoran mamak yang top tu.  Singgah tumpang toilet sat.

Dan selepas berpeluh ketiak maka sampailah kami ke tempat yang sibuk sangat nak pergi dari mula jambatan penghubung di antara KLCC dan Kg. Bharu yang diinspirasikan dari sirih junjung.


(Photo from Google)

Dah pergi tu takkan tak ambik gambarkan? Ammi letak jelah kat sini untuk kenangan.  Sekurang-kurangnya yesss.... I've been there.  Have you?  Ahaksss.  Berlagaklah pulak.



Ramai juga orang malam tu.  Yelah esoknya Public Holiday agaknya.  Nak jalan pun kena tunggu orang click-click gambar dulu.  Takkan nak lalu celah orang yang tengah posing kan.




Tinggi betul budak ni.


Tak caya? Tengok ni.  


I have to bend supaya "berdiri sama tinggi dengan Ammi".  Ehhhhhh biasa dia tu ngata mak dia.


Dah lalu dari hujung sana ke hujung sini.  Kita patahlah balik.  Nak buat apa lagi kat atas tu?


Turun budak jagung ni stop beli jagung.  Dia memang hantu jagung.  Tak kiralah jagung dibuat camna pun.  Tu yang selalu ada je stok jagung dalam tin, jagung krim dalam tin kat rumah sebab dalam cekodok pun dia nak jagung juga.


Last shot sebelum ronda naik kereta dan pulang ke sarang.

Post a Comment

11 Comments

  1. Nanti ada kesempatan hendak pergi juga. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. bestnya..jalan2 tgk lampu...one happy family!!!

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak pi meraoun klcc. Best kan sesekali meronda bando kl malam-malam

    ReplyDelete
  4. dah lama tak jenjalan bandar KL waktu malam kak, kadang rindu jugak nak jenjalan kat bando malam-malam sambil ambil gambo

    ReplyDelete
  5. SA dah pi tahun lepas..masa bawak dania staycation kat KL...lepas dia berhenti kerja nanti nak bawak dia gak lagi...

    ReplyDelete
  6. masa yang best tentulah berjalan-jalan bersama keluarga

    ReplyDelete
  7. Meriah dan cantik suasana malam2.
    Teringin jugak nak ke sini.

    ReplyDelete
  8. salam singgah. seronok tengok jalan malam - malam kat saloma. oh, ade area food truck ye tak jauh dari situ? huhuh. nampka sgt kami ni kampung betul.insyaa Allah ke sana kalau diizin nanti cuti sekolah.

    ReplyDelete
  9. sesungguhnya cantiknya tempat ni

    ReplyDelete
  10. cantekkan pintasan tu waktu malam....

    ReplyDelete