Resepi Kerapu Stim Hong Kong Style

Haritu kakak ipar ammi ke Sabah dan dia belikan kitorang ikan kerapu merah ni dan juga udang besar bagak.  Semoga sentiasa dilapangkan rezeki buatmu kakak iparku.  Besar ok ikan ni...ammi lupa nak ambil gambar sebelum masak.  Memang memanjang lupa aja sekarang ni.


(Gambar dari Google)

Lebih kurang macam ni lah ikannya... halus-halus je sisik ikan kerapu ni ye.  Pastu badan dia macam lembut sungguh.  Risau nak masak.  Selalu (eh taklah selalu beli kerapu) beli orang pasar dah tolong siangkan.  Ammi balik tinggal bersihkan aja.

Pagi tu kitorang cari dulu resepi pastu siap tengok beramai-ramai kat Youtube.  Gigih anak beranak tengok cara orang masak.  Senang banget cara dan bahannya.

Resepi Kerapu Stim Hong Kong Style

Bahan:

Seekor ikan kerapu
Daun bawang (dihiris seperti batang mancis)
Daun ketumbar (dipotong lebih kurang 1.5cm
Cili merah (dihiris seperti batang mancis)
Garam
Minyak masak
Halia muda (ini ammi tambah)..

Bahan Sos:

Sos Cair (75ml) (dilarutkan sekali)
Air (75ml) (dilarutkan sekali)
1/4 sudu ajinomoto (dilarutkan sekali)
2 sudu besar gula (ammi letak 1 sudu je gula perang)
2 sudu minyak masak
Ammi tambah minyak bijan juga...sbb ammi suka bau wangi minyak bijan

Cara-cara:

  1. Hiris daun bawang dan ketumbar dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk 
  2. Hiris cili merah dan ketepikan
  3. Hiris nipis halia muda, keringkan dan goreng hingga keemasan (angkat dan tos)
  4. Ikan tu season manja-manja dengan garam (ammi gatal letak black pepper juga).  
  5. Titikkan minyak dikeseluruhan badan ikan tu dan stimkan selama 10 minit.  Kalau tak yakin macam ammi...ammi jadikan 15 minit.
  6. Next angkat bekas ikan tu dan buang lebihan air yang keluar...sebab air tu hanyir ye.
  7. Kemudian, letak je semua hirisan daun bawang, daun ketumbar dan cili di atas ikan.
  8. Panaskan dalam masak dalam pot bila dah mendidih betul curahkan je atas ikan tu.  Dia punya bunyi sizzle tu mendamaikan.
  9. Kemudian...kita buat sosnya pula
  10. Letak minyak sikit dalam pot dan masukkan gula.  Kacau sehingga gula tu caramalized
  11. Masukkan sos cair, air, dan ajinomoto yang dah dilarutkan tadi
  12. Masak sehingga mendidih tutup api
  13. Tuang sos ke atas ikan..
  14. Letakkan gorengan halia tadi
  15. Ready untuk dimakan.
Nampak macam renyah je stepnyakan...tapi tak renyah pun.  Simple je.  Anak-anak dan suami request suruh buat lagi sekali.  Kat bawah nanti ammi share video yang ammi tiru tu ye.


Kerapu merah yang bila di stim jadi hitam terus.  Main acah-acah ye ikan?

Risau je ammi masa tuang minyak panas atas ikan sebab pinggan ni melamine...takut tak tahan.  Tapi melamine ni jenis yang tahan lasak.  Dapat hadiah kahwin 18 tahun lepas...Alhamdulillah masih berjasa lagi pada keluarga ammi.  Thank you pada Kak Roslinda, bekas secretary lama kepada bekas boss ammi.  Berapa banyak bekas daaaa.  Kiranya ammi ganti tempat dia lah masa ammi jaga boss tu.  


Lawankan dengan kailan ikan masin pedas kebabommmm...ikan tu buat tak pedas sebab risaukan si kecik tu terencat pulak nak makan.

Ni videonya ye kawan-kawan...trylah.  Ammi rasa sedap.  Tapi korang nak derhaka macam ammi silakan juga.  Kita masaklah ikut selera kita kan.


Post a Comment

8 Comments

  1. Mesti sedap isinya tu ...ikan fresh kan

    ReplyDelete
  2. Baru je beli ikan kerapu...rasanya blom masak lagi la...tapi dah kerat2...alaaaa...nak masak sekor2 macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau buleh sambung disambung. tp tulah bila buat stim mmg rasa syok kalau stimkan sekor instead of yg dah kerat tu kan

      Delete
  3. helok besar ikan tu kak, masak pulak stim gitu memang terbaik lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik...kena kat tekak anak & suami. tp kalau nak pedas mmg kene ada side dish lain la

      Delete
  4. whoa..nampak menyelerakan.. dap dap

    ReplyDelete
  5. Jauh perjalanan ikan tu...hihihi..
    Tapi nampak sedapnya...
    Panjang pahala Kak Roslinda tu

    ReplyDelete