Sabtu minggu lepas ammi masak untuk lunch je.  Memang dah plan nak bawa anak-anak makan kat luar waktu dinner sebab sepanjang cuti sekolah dorang memang duduk ontok-ontok je kat rumah.  Tak keluar ke mana pun.  Ada sekali tu plan nak bawa dorang mandi swimming pool kat office ammi, pagi tu hujan punyalah lebat.  Nak datang petang tiba-tiba abah ada kerja pula.  

Lepas Maghrib kami pun keluarlah ke area Setiawangsa.  Sebab ammi ni plan lepas dinner nak ke ST Rosyam.  Situ je yang ammi tau buka 24 jam.  Kami dinner dia Overloaded Western Setiawangsa.  Ammi main google je.  Not bad juga dan murah harga makanan kat sini.  Total makan kami berlima cuma RM78.90 je.  

Gambar jangan ditanya....ammi lupa nak ambil.


Ni je satu-satunya gambar yang ada.

Lepas makan kami pun geraklah ke ST Rosyam tu.  Ammi ni nak cari chia seed je sebenarnya sebab nak buat overnight oats.  Gedik tak cari chia seed sampai ke Setiawangsa?  Sudahnya tak jumpa pun chia seed kat situ.  Ammi jarang-jarang ke situ...jadi tak biasa lagi dengan susun atur barang di tempat tu.  

Tapi dah alang-alang ke situ...apa barang cari chia seed semata.  Mata mesti terpandang benda lain, tangan tercapai benda lain.  Bukan ammi je.  Khilfi pun sama rupanya.  Dia datang dekat ammi pastu dia tanya 

Khilfi:  Ammi rasa kalau abang ambil sesuatu makanan yang kita tak pernah beli dan harganya RM14.90 ammi ok tak?
Ammi:  Tak pernah beli tapi pernah makan ke?
Khilfi:  Tak pernah makan tapi pernah nampak kartun makan.  Kartun apa ntah kat TV tu.
Ammi:  Kartun? 
Khilfi:  Aah...abang tertelan airliur masa tengok kartun tu makan.
Ammi:  Halal ke tak?  Bak sini tengok.

Nampak ok ammi pun beli jelah.  Biar dia rasa sekali... kita tengok rasa sekali pasti nak lagi, atau rasa sekali cukuplah sekali.

Lepas habis membeli...ronda-rondalah KL.  Dah alang-alang.  Sampai rumah dalam pukul 12.30 pagi juga.  

Si bujang ni balik laju-laju solat Isya'... selalu kena bersuruh kalau bab solat lewat malam especially bila dia dah mengantuk bagai ni kan.  Haritu balik je terus basuh muka, ambik wudhu' solat.  

Ammi masa dorang dok solat ammi pun kemaslah barang yang dibeli.  Letak ditempat sepatutnya.


Kejap tu dengar bunyi orang dok cari-cari barang kat dapur.  Tak jumpa kat dapur dia tanya "ammi mana ammi letak yang abang beli tadi?

Dapat terus try.


Sedap katanya...


Ni ha pickle yang dia terjebak selepas tengok kartun.  

Tengok kartun makan pun dia boleh tertelan air liur.  Anak oh anak.  Nasib kartun tu makan yang camni...di buatnya kartun tu makan benda tak halal...haru mak nak.