Alhamdulillah.

Pertandingan Bicara Berirama 2022 Bahasa Melayu peringkat KL dah pun berlangsung.  Berlangsung secara alam maya je.  Cikgu shoot dan submit penyertaan. 

Shooting hari Selasa.  Hari Ahad balik dari training disekolah (sepatutnya dia masuk asrama terus) tapi dia balik sebab dia demam teruk.  Cikgu dah bagi dia paracetamol around 3pm...tapi masa abah jemput dia lebih kurang 5 petang tu masih dedar lagi badannya.  Terus bawa ke klinik.  Dapat MC.

So, tak dapatlah hantar dia balik asrama petang Ahad tu.  Isnin dia MC melepek kat rumah.  Ammi balik kerja hari Isnin tu dia kata, 

Kyra:  Ammi kakak dah sihat, boleh tak malam ni kakak balik asrama?

Ammi:  Ishhhh, esok pagi je gi sekolah pastu terus balik asrama.

Kyra:  Ala mi.  Esok pagi ada shooting.  Malam ni cikgu nak buat final rehearsal.

Ammi:  Go and ask Abah.

Sudahnya lepas Isya' naiklah motor dua beranak ni ke asramanya.  Mujur weiiiii nak balik asrama dia naik motor takyah pakai helmet pun boleh (jangan tiru aksi ini).

Dan akhirnya semalam, ammi tengok kat telegram asramanya ada warden yang share berita gembira.  Alhamdulillah.... berjaya jadi johan.


Ammi tak tengok pun video yang cikgu shoot untuk pertandingan sebenarnya.  Cikgu tak letak kat group.  Cikgu dah penat kot.  Yelah latihan secara intensive selama 2 minggu je.  Pagi petang siang malam...sampai pukul 11 malam dorang berlatih.  

Tapi ammi rasa kalau dalam video tu mesti tak nampak muka Kyra, sebab dia setiap kali masuk Choral speaking mesti jadi conductor.  Dia kata bila cikgu tanya siapa pernah jadi conductor kakak angkat tangan...rupanya kakak sorang je pernah jadi conductor.  So, cikgu pun pilihlah kakak jadi conductor cum ketua kumpulan.  Hmmmmmm.

Lepas ni wakil KL untuk peringkat Kebangsaan pulak.   Good luck anak-anak Al-Biruni & Al-Farabi.  Berlatih-berlatih juga, akademik dilupa jangan.  Ammi tengok dorang practice ammi yang penat.  


Sempat posing nak tunjuk vest yang dorang akan pakai masa shooting...Masa ni belum demam kot.  Sebab tiba-tiba je dia demam petang tu.