Keyboard Jawi... keperluan atau kehendak?

Tahun ni budak-budak yang menduduki UPSRA perlu buat buku skrap sebagai "carry marks" sebelum peperiksaan bertulis secara objektif dan subjektif.  Buku skrap perlu dihasilkan dalam bahasa jawi.

Ada 6 buku skrap yang dia perlu semuanya.  Boleh ditulis tangan atau ditaip.  Dan ammi suruh dia taip je.  Sambil asah kemahiran dia gunakan komputer at least bila menaip di komputer kalau tiba-tiba nak edit/amend atau tiba-tiba muncul idea baru senang sikit nak tambah, delete.  Kalau tulis tangan tak ke haru nak liquid sana sini.  


So, dia mulakan dengan buku skrap Sirah dia dulu.  Sebab itu tugasan pertama yang dia dapat.  Dapat tugasan petang, malam terus nak buat.  Ehhhhh cari bahan dulu.  Baca buku, buat nota ikut pecahan tajuk yang ustazah dah bagi, barulah mula menaip.  Jangan gelojoh anakku.  

Lepas ammi cakap gitu, esoknya barulah dia mula on laptop pastu blur sebab ehhhh camna nak tulis dalam bahasa Jawi.  Mujur juga ammi cuti haritu.  Ammi pun tanyalah pakcik Google.  Kena download rupanya.  Jadi ammi pun downloadlah keyboard jawi UKM 2016.  Dah download satu hal pulakkan nak tau kat mana diamnya setiap huruf jawi itu.  


Ha, gigih dia buat kertas camni.  Pastu asal nak tekan huruf je dia refer kat kertas tu.  Tapi laju juga dia ingat kedudukan huruf-huruf tu.  Walaupun tak semua yang dia ingat tapi dalam 10 huruf tu dia dah taulah kat mana diamnya.  Ammi pun siap cari macam mana nak taip kalimah Allah, Muhammad dengan mudah.  Alhamdulillah Google memang membantu.

Ammi sampai ke harini huruf alif diamnya kat mana pun tak ingat lagi.  Tiap kali masa ammi check tugasan dia tu konon-konon nak type amendment tu...tapi terkial-kial pandang keyboard cari huruf.  Sudahnya awak duduk dan amend apa yang patut.  Ammi tunjuk je mana nak tukar, mana nak alih.


Ini hasil dia dalam pada dok tengok huruf kat kertas tu.  Kalau ammi nak eja jawi lagi satu masalah.  Terkial-kial.  Sampai kat dia laju je dia eja.  Tak sia-sia hantar budak-budak ni gi sekolah agama.

Petang tu juga ammi cari kat shopee sticker huruf jawi untuk ditampal kat keyboard.  Rasanya lebih senang kot kalau ada huruf kat keyboard daripada setiap kali nak type dok pandang kertas tu.  Sampai naik lunyai dah kertas tu.


Alhamdulillah.  Order hari Rabu, hari Jumaat dah sampai.  Ada macam-macam warna sebenarnya sticker ni tapi ammi pilih hitam jelah...warna terang-terangkan sakit pulak mata ammi ni karang.


Sebelum ditampal...ada tulisan Jepun rupanya kat keyboard ni.  Serius tak perasan.


Selepas ditampal sticker huruf jawi.  Ha senang sikit kerja si tembun ammi ni.  Bertukar wajah keyboard laptop ammi disebabkan Khilfi.

Harap-harap dia sempatlah siapkan 6 buku skrap dalam masa yang ditetapkan.  Less than 12 days dia nak periksa objektif pulak.  Ammi yang rasa semput...tengok dia relax je kadang-kadang tu balik sekolah leka ambik remote TV, bukak youtube tengok Faktaw Channel kesukaan dia tu.  Ishhhhh 

Post a Comment

2 Comments

  1. menarik jugak ye kak, zaman sekarang ni banyak benda makin mudah dah. Banyak tempat boleh kita cari maklumat kan

    ReplyDelete
  2. Seronok juga ni. Tapi sekarang jawi dah ejaan baharu kan ammi.

    ReplyDelete