Kenyir Boat House 3

Sambung la bab Kenyir yang tertangguh tu.  Lepas je ammi post pasal boat house tu... nak sambung buat part seterusnya macam tak berkesempatan pulak.  Lama nau duduk dalam draft post ni.  Tak sempat nak tengok, nak resize photos bagai.

So, lebih kurang jam 9 pagi selepas settle bawak masuk barang-barang ke boat masing-masing, boat pun bergerak.  Boat gerak asing-asing.  Boat mula je gerak mak-mak pun mulalah beraksi di dapur.  Tapi sebelum tu ammi naiklah juga ke bilik...nak tukar uniform.


Ini rupa bilik Ammi.  Cun je untuk Abah, Ammi, Khilfi dan Ozil.  Kyra duduk sebilik dengan anak-anak dara yang lain.  Masalahnya malam tu ammi dengan Ozil je tidur berdua dalam bilik ni.  Abah & Khilfi tidur dalam bilik karaoke sebab takde kipas katanya.  Tapi sejuk juga dalam bilik ni walaupun cuma berkipas je.



Disebabkan ammi duduk kat Boat 1...maka tugasan pertama selepas boat gerak adalah goreng keropok lekor.  Bila ramai budak, ramai bapak budak, ramai remaja memang makan semedang kerja dorang.  Ni antara menu yang kitorang plan untuk masak.  Hari pertama menu ikut plan...hari kedua boat sebelah masak ikut kapla sendiri je.  

Bahan basah untuk memasak tidak disediakan..jadi kitorang bawak ikut yang ditetapkanlah.  

Dah alang-alang goreng keropok lekor tu kitorang masak jelah terus untuk lunch sebab tugasan lunch hari pertama tu tugasan boat 1 juga.  Dah settle masak senang sikit nak beronggeng dalam bilik karaoke, nak terjun tiruk mandi, nak membawang.


As usual...bab memasak kita bagi pada yang pakar.  Ammi ambik bahagian memotong, membasuh jelah.

Dapur boathouse ni complete semua benda ada.  Periuk macam-macam size, trays, mangkuk, cawan, pinggan semua ada.  Boat ammi ni dapur dia kurang cantik kalau dibandingkan dengan dapur boat Impiana.  Boat sebelah dapur dia ala-ala dapur orang kaya gitu.

Sambil-sambil masak berlarilah keluar jap.  Dalam hati risau juga keberadaan anak-anak especially yang kecik-kecik ni.  Nampak air masing-masing tak tentu hala.

Cari Ozil tak jumpa.  Nak tanya kat (dadek) partner paling rapat dengan dia, partner tu di boat sebelah...boat belum bergabung lagi.


Bila ammi pusing lalu depan boat...Ya Allah...dia kat bilik abang-abang driver boat ni rupanya.


Abang-abang kasi can dia navigate kapal.  

Tanjat tau ammi cari awak.  Risau dia terjun masa boat tengah berjalan je...


Yang si dara tengah merenung nasib sorang-sorang.  Menikmati pemandangan sungguh.

Lebih kurang 35 minit perjalanan boat berhenti singgah di Taman Herba.  Tengah-tengah jadi assistant dapur ammi pun ngelat jap turun gi Taman Herba tu.  Minumlah sebekas kecik air kacip fatimah.  Ok...air tu biasa-biasa je (manja2 je rasanya).  Sekali abah kata cuba minum tongkat ali tu sikit...perghhhhhh melekat kat tekak rasanya.  


Pinjamlah gambar dari kamera sapa ntah.

Ammi tak snap gambar pun kat Taman Herba tu sebab telefon ammi anak-anak buah dok guna untuk photoshoot.  Berlambak gambar anak-anak dara posing.


Bukan main tinggi lagi dalam gambar...padahal kalau kat luar kemetot je kamu ni Alya.

Boat berhenti kat Taman Herba tu dalam 20-30 minit je pastu teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Air Terjun Lasir.  Kat sinilah kami akan bermalam.



Settle masak-masak, agih makanan kat boat sebelah, kemas-kemas dapur karok jom.  Lagu pertama ammi pilih....ini antara lagu kegemaran ammi ngan arwah kawan baik ammi kalau kita gi karaoke selain dari lagu Teguh.

Anak buah ammi ni tugas dia cari lagu, cari lagu, cari lagu.  Nyanyinya ntah bila.

Lepas makan, solat jamak semua, maka bermulalah acara terjun tak sudah-sudah.  Dari elok je comel jari sampai naik kecut jari budak-budak ni.





Yang paling dorang suka buat, naik tangga pastu terjun macam-macam gaya ada.


Yang kecik halus ni terjun lawa je airnya.  Yang tembun sikit habis...berkuak air.


Ni dekat Air Terjun Lasir.  Bukan main lagi ibu mengandung ni.  Berani sungguh dia naik kat atas tu.

Sambil-sambil tu acara dam haji berlangsung juga.  


Tiba giliran Abah bertanding....abahnya hilang ntah kemana.  Sudahnya anak abahlah jadi wakil.  Memang kena tapau habislah dengan Pak Tam sebab dia tak tau rules.


Game dam haji untuk kanak-kanak pun ada juga.  Dan dua ketul partner ni sampai ke final bersama-sama.  Memang cousin susah nak berpisah betul 2 ketul budak ni.


Malam kitorang buat BBQ dan lucky draw.  Sekali memang lucky sungguh lakiku.  Dapat grand prize gitu.  Tanjat kita.


Yang si kecik ni pulak juara game dam haji kategori kanak-kanak.  Memang rezeki family ammilah family day kalini kitorang tapau macam-macam hadiah.


Ni je gambar makanan yang sempat disnap.  Melampau semua orang bila dah nampak air apa benda pun tak ingat.  Nak-nak kat atas boat tu line pun takde...maka telephone pun duduk jelah dendiam dalam beg memasing.

Esok paginya lebih kurang jam 8 pagi kita gerak ke destinasi yang lagi satu.  Air Terjun Sauk.  Kat sana ammi tak turun langsung.  Malas dah nak mandi-mandi.  Penat rasanya badan.

Lebih kurang pukul tengahari kitorang sampai semula ke Jeti.


Baju sama macam semalam?  Memang sama sebab naik atas boat bukannya bawak beg besau2 pun.  


Masuk kereta terus tak sabar nak buka hadiah yang dia menang.


Dapat jam dinding.  Eloklah tu boleh letak dalam bilik budak-budak ni.


Ini pulak hadiah grand prize lucky draw yang kitorang menang.  Alhamdulillah.  Memang dari haritu ammi ni dok cakap ngan Abah, belilah microwave, belilah microwave.  Susah ok nak panaskan lauk.  Ammi selalu kukus je kalau nak panaskan lauk yang jenis kering-kering sebab takut sungguh lauk tu hangus kalau panas atas kuali/periuk.

So, setelah bergerak, berhenti, minum kopi, solat Jamak, berhenti shishi, berhenti di Bentong beli halia bagai.  Alhamdulillah lebih kurang jam 8 lebih kitorang sampai KL dah.  Singgah kat area Melawati dulu sebab anak-anak nak makan McDonalds.

Sampai rumah mandi dan jomlah tidur.  Esok nak gi office, nak ke sekolah.  

Tamatlah kisah percutian kami menaiki Boat House di Kenyir.  Insyaallah ada rezeki kita buat family lagi yang lebih ramai boleh join.  Ini pun tak semua yang hadir sebab kekangan masa, kekangan kesihatan, tuntutan tugas.


Post a Comment

7 Comments

  1. Seronoknya.. berangan jugak nak bercuti macam ni, mesti rasa tak nak balik.

    ReplyDelete
  2. Waktu dalam boat house ketika bergerak tu rasa tak gerakannya macam ada rasa oleng-oleng tak

    ReplyDelete
  3. aduhai cantik nya gambar pemandangan ammi oi.... keindahan alam yg memang takde bandingan. Lengkap semua ya dalam tu, seronok betul nengoknya .

    ReplyDelete
  4. oh..naik bot tu ada berhenti-berhenti. ingat jalan je or duduk statik satu tempat. thanks for sharing. teringin nak pergilah, tapi kena ramai-ramai baru syok

    ReplyDelete
  5. Seronoknya esp part mandi-mandi... Life jacket memang disediakan ye Ammi?
    Alhamdulillah rezeki dapat microwave 😍

    ReplyDelete
  6. Uish! Seronoknya!

    Banyak ilham kalau cam ni....

    ReplyDelete
  7. nampak best je ammi. jemput singgah sini tau hehe https://julietdiary25.blogspot.com/

    ReplyDelete