Minggu lepas ammi terasa nak conquer remote TV.  Lama tak tengok dan pilih sendiri movie kat Netflix yang ammi nak tengok.  Selalunya ammi layan jelah apa yang dorang pilih.

Cari-cari sekali haaaaa ok kita tengoklah filem baru ni.  Release tahun ni...kira barulah kan.  Jujurnya takde seorang pun pelakon dalam cerita ni yang ammi kenal.

Dengar dalam 2-3 minit pastu ammi macam, eh dia cakap bahasa apa ni?  Awat ammi tak faham langsung?  Gi check semula movie info...ohhhh patutlah.  Dia cakap bahasa Telegu rupanya.  Takpe kita continue...subtitle kan ada.


Cerita ni mengisahkan tengah Vyshali (Aishwarya Lekshmi), penolong penguasa polis yang pakar dalam bidang negotiation, yang ditugaskan secara paksa untuk menangani penculik yang hanya dikenali sebagai Godse (Satyadev Kancharana), yang telah menculik beberapa personaliti berprofil tinggi sebagai tebusan.  Mengapa dia menculik mereka, apakah tuntutannya, dan apa yang dia mahu capai? 


Lawa gak dia ni.

Godse (Vishwanath Ramachandra) asalnya adalah seorang businessman yang bertapak di UK.  Ahli politik India yang pernah menghadiri konferen perniagaan antarabangsa di UK pernah beberapa kali mengajak Godse untuk melabur di India.  Biasalah...dorang main sentimen kenegeraan.  Godse menolak ajakan tersebut.


Manis itu ada...tapi jambang itu alahaiii.

Then, Godse balik ke India untuk menghadiri reunion sekolah tingginya.  Disitulah segalanya bermula.  Rakan sekolahnya mati dihari sepatutnya reunion berlangsung.  Kawannya merupakan budak yang pintar, lulusan Universiti tapi kepayahan untuk dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya membuatkan dia terpaksa bekerja sebagai buruh kasar.  Akibat tekanan dia ambil keputusan untuk tamatkan riwayat hidupnya.

Bermula dari insiden itu, Godse berazam untuk menjual perniagaannya di UK dan kembali ke India.  Niatnya nak beri pekerjaaan kepada beribu-ribu graduan-graduan yang menganggur dan tiada peluang pekerjaan.  Godse bersetuju untuk melabur dan memulakan perniagaan di India.  Tapi dia silap.  Permainan rasuah di India sangat-sangat kotor.  Dipertengahan usahanya membina apa yang sepatutnya dia bina, bangunannya dibakar, isterinya dibunuh dan dia sendiri hampir terbunuh...ini semua gara-gara dia tak bersetuju dengan tindakan ahli politik yang korup.  Dasyhat mainan politik dan rasuah kat sana.

Apa kesudahan rundingan di antara Godse dan pihak polis?


Nekad seketul Godse.

Pada ammi kalau ko tengok santai cerita ni ko nampaklah smooth perjalanan cerita ni.  Tapi kalau ko tengok in details... mana datangnya logic tu wei?  Tapi not badlah untuk ditonton.