Hari Jumaat, penghulu segala hari.  Ammi dapat panggilan dari satu nombor handphone.  Bila ammi jawab lama jugalah orang yang memanggil tu nak say hello back.  Padahal dia yang telefon...and our dialogue goes like this...

Ammi:  Hello...hello

Caller:  Hello, boleh bercakap dengan Pn. Sharmila ...

Ammi:  Ya, saya bercakap.

Caller:  Saya buat panggilan dari Etiqa Takaful.  

Ammi:  Oh, maaf saya dah ada insurans.  Saya taknak tambah apa-apa lagi.

Caller:  Bukan, saya call sebab Puan ada buat 3 claim hospital beberapa bulan yang lalu.  Jadi kami di Etiqa Takaful nak dapatkan kepastian kenapa puan buat banyak claim.


****** ok dah boleh agak....ini panggilan cubaan nak scam la ni sebab ammi memang takde subscribe apa-apa pelan dari Etiqa Takaful pun.  takpe kita layan ******


Ammi:  Claim dari rawatan di hospital mana tu?  Sebab saya banyak pergi hospital tahun lepas (acah je)

Caller:  Dari Columbia Asia Petaling Jaya (ammi jejak kaki ke situ pun tak pernah).

Ammi: Ini untuk premium saya yang mana satu ye? Bila tarikh claim saya?

Caller:  Dia pun pong pang bagi nombor polisi insurans dan tarikh claim...katanya ammi claim 27/8/2021.  (pandai korang nak cong ammi ye)

Ammi:  Oh...ada masalah ke claim saya tu?  Haritu masa submit agen insurans saya tak cakap apa-apa pun.

Caller:  Kami nak kepastian kenapa banyak claim..sebab kami perlu buat penamatan.

Ammi:  Kenapa nak tamatkan polisi saya pulak?  Saya bayar premium saya setiap bulan.

Caller:  Sebab puan banyak buat claim.

Ammi:  Ada masalah ke kalau saya claim banyak kali? Kalau bil rawatan hospital saya tak claim dengan insuran takkan saya nak claim dengan kedai basikal?

Caller:  Sebab tu kami nak tau Puan buat rawatan apa. (suara dia dah agak keras masa ni..)

Ammi:  Saya dah sertakan semua dokumen...awak tau saya buat claim 3 kali takkan awak taktau saya buat rawatan apa.  Penatlah nak explain

Caller:  Dokumen tu ada pada bahagian Account.  Saya di bahagian penamatan.  Kalau Puan tak beri kerjasama macam ni kami terpaksa tamatkan polisi insuran Puan.

Ammi:  Kepala hotak kau suka-suka hati nak tamatkan insuran aku...hari ni hari Jumaat tau tak?

Caller:  (eh dia pun tinggi suara jugak)... kalau Jumaat kenapa pulak.

Ammi:  Ko tu orang Islam, hari Jumaat buatlah benda berfaedah sikit.  Gi cari kerja halal dik.  Ni kau dok tipu orang pastu ko makan beli makanan pakai duit gaji ko...apa benda?

Caller:  Siapa cakap aku buat kerja haram?

Ammi:  Kalau betul ko dari syarikat Insurans bahasa kau tak camni dik...gi belajar dulu cara nak menipu orang.  Ko silap cari mangsa ni dik.

****************

scammer


Terus ammi letak phone sebab ehhhh menggigil pulak tangan tetiba.

Ammi pun taktau nak kesian ke nak marah ke pada budak-budak yang kerja jadi scammer ni.  Adakah dorang terpaksa bekerja sebab tak ada peluang lain atau dorang pun kena scam masa cari kerja. Hmmmm... 

Dapat yang boleh baca taktik scammer takpelah... dapat makcik pakcik yang bila orang cakap camni je dah cuak.

Ammi tersilap taktik gak haritu.  Patutnya kena buat cuak gak bila dia kata nak tamatkan insurans.  Nak tengok apa yang dorang nak.  Tapi marah gigil-gigl punya pasal...lain lak jadinya.

Next time kita cuba lagi la ye hahahha...