17 tahun yang lalu

Dekat Facebook keluar memori 17 tahun lepas.  Tapi kalau 17 tahun lepas memang memori semua pasal budak kecik itu jelah.  Yelah, orang baru dapat anak, anak meneran nak buang air besar sambil kembang-kembang hidung pun ko sibuk nak rakam muka dia.  Biadap betul!



Uihhh, terpaling penat. Tidur sampai meleleh-leleh airliur gitu.  

Tengok kat rantai di leher, Alhamdulillah masih ada lagi rantai yang nipis itu dilehernya hingga kini.  Dia mula masuk sekolah masa umurnya hampir 4 tahun, ammi buka rantai tu dan simpan, pastu dah habis SPM kita pakaikan semula.  

Rantai yang Kyra pakai ni milik arwah adik ammi sebenarnya.  Masa kami kecil dulu, setiap kali lahir cucu perempuan (ada 4 orang je) memang mendiang datuk ammi akan belikan rantai leher.  Kalau yang lelaki dia belikan cincin.  Rantai nipis je yang sesuai untuk budak.  

Rantai leher ammi, ammi berjaya jaga dan simpan sampai tahun 2019 lah kot sebab ammi buat procedure jantung di Hospital Serdang bulan Januari 2020.  Ammi memang sentiasa pakai rantai tu, tapi ada sekali ammi ke hospital dan tiba-tiba doctor kata kena buat echo & stress test.  Jadi terpaksalah buka rantai leher dan cincin.  Lepas habis buat procedure ammi tak teringat pun pasal barang kemas yang ammi simpan dalam poket syiling wallet.  Tau-tau masa teringat tu, yang ada cuma 2 bentuk cincin je.  Rantai tak ada.  Hmmmm sedih juga tapi benda haluskan, menggelongsor keluar kot dari lubang-lubang yang ada.  Bukan rezeki kita nak pakai sampai ke akhir hayat.



Kejadian ni masa kami berbuka puasa di Tropicana Golf Resort.  Abah jemput Kyra dari rumah pengasuh, dan ammi dari office di Kelana Jaya terus naik teksi ke Tropicana tu.  Kalau Abah nak pusing-pusing di bulan puasa memang lepas waktu berbukalah baru kami sampai.

Sekali masa ammi sampai situ, kecik besar kecik besar je ammi tengok abah.  Ada ke patut dia pakaikan anak baju basahan kat rumah?  Mujur juga dalam bag ada baju spare yang elok.  Baju ni ada orang bagi tapi ammi memang sejenis tak berkenan baju kalau banyak-banyak corak gini.  Bukan taste ammi gitu.  Jadi memang jaranglah ammi pakaikan.  Gi rumah babysitter kadang-kadang ammi bekalkan baju ni sebab ammi "tak nampak" dia pakai.  Mengada-ngadakan?

Bila ammi dok bebel-bebel manja, abah siap cakap dengan anaknya lebih kurang gini "alaaaaa, anak abah pakai baju buruk pun tetap comel".  


Selepas 17 tahun, inilah rupa anak abah yang kononnya terpaling comel itu.  Apsal ammi nampak rupa dia macam budak Harzan yang selalu kat TikTok tu.  Ala korang perasan tak budak perempuan yang suara dia macam lelaki tu?

6 comments

  1. dah besar anak abah ni.
    tapi memang la lelaki begitu, pakai yang mana dan je.. kalau baju dia nak sarung sendiri, kemain helok lagi.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Dah 17 tahun berlalu, kecomelan masih terserlah. Cuma yg gambar dah besar tu tetap comel tapi garang!!

    ReplyDelete
  3. The only girl pulak tu mmg kesayangan abah la... Sama je kot bapak² ni, asal berbaju & berseluar anak tu. PH dulu pun stress la, walidnya pakaikan baju dan seluar x sama pair. Geram tau 😅

    ReplyDelete
  4. Hahaha, mukanya tak sama dengan harzan, tapi gaya tu ada sama dengan harzan. Bapak bapak memang kan ? kalau bab bab gini mindset mereka, elok je baju ni tak koyak helok je . hahahah

    ReplyDelete
  5. Anak abah tetap comeyyyyy.
    Sesekali ambik gambar gini barulah ada kelainan dan ceritanya sendiri.

    ReplyDelete
  6. Aah la Ammi ada iras yang suara lelaki tu. Harzan ye namanya. Pernah nampak video dia.

    ReplyDelete