Hari Rabu lepas diadakan jamuan raya di kelas Ozil.  Hari Isnin rasanya cikgu kata semua murid pakai je baju kokurikulum.

Tapi hari berikutnya, cikgu kata boleh pakai baju Melayu dan baju kurung.  Oklah...barulah raya.

Ammi balik kerja hari Selasa tu suruhlah si anak ni ambil baju Melayu dia dengan sampin.  Ammi nak iron untuk pakai jamuan raya esoknya.  Sungguh-sungguh dia taknak.  Katanya "Alip nak pakai baju pengakap je, cikgu kata boleh.  Pakai baju melayu nanti panas".  3-4 kali tanya dia memang nak pakai baju pengakap, hmmmm biarlah.

Masa cikgu letak gambar kelas kat group WhatsApp, hahahha dia sorang-sorang je terkontang-kanting pakai baju pengakap.  Orang lain lawa berbaju melayu, songkok, tudung raya.




Awak yang beriya nak pakai, jadi jangan complain ye.

Ammi:  Tadi siapa je yang pakai baju koko.
Ozil:  Alip sorang-sorang je.
Ammi:  Cikgu cakap apa?
Ozil:  Cikgu cakap "baju ghayo eh mano?"...

Haaaaaa...cakap negeri terus cikgu tu ye.