Hari Sabtu lepas Kyra nak pergi tengok wayang dengan kawannya.  Mula-mula dorang plan nak tengok apa benda concert tour Korea ntah.  Aespa World Tour.  Tak kenal pulak ammi siapa artisnya.


Tak faham ammi...dorang nak tayang movie ke concert dia di movie?  Camna ntah.

Ammi try book tiket tapi tak available.  Ada di GSC sahaja kat Palm Mall Seremban, masalah tarikh 27 tu tak ada langsung tayangan.  Yang ada 26.4 (hari Jumaat pukul 8.30 malam).  Memang tak adalah mak ayah nak izinkan anak dara bermalam-malam kat luar.  Rupa-rupanya mak kawan dia pun tak izinkan juga.

Sudahnya dengan frust dia kata "tengok cerita Sheriff tu pun bolehlah Mi".  Ok...ammi pun bookkanlah tiket untuk Kyra dan kawannya.


Gi pagi sebab petang karang kakak ipar nak buat open house.  

Dah alang-alang ke AEON Seremban 2 ni ammi pun singgahlah jumpa acik sawadeekap ni.  Lama dah dia tak manja-manja dengan ammi.  Lagi pun lepas demam ni sakit-sakit badan ammi.  Duduk tak senang, baring tak selesa.


Boleh tahan harga urut kat Thai Odyssey ni.  Ammi ambil yang Thai Aromatherapy Massage..harga lepas SST jadi RM170.60 untuk sejam.  Yang murah sikit Thai Traditional Massage dalam RM140++ tapi tak pakai minyak.  Apooooo...sakitlah kalau tak berminyak.


Abah buat apa?

Dia bawaklah Ozil berjalan dalam mall, kejap tu lalu depan banner Zul Ariffin dia pun terjebak nak menonton.  Dah tak pasal-pasal abah dah jadi macam cerita papadom tu pulak.  Tau-tau abah pun menyusul masuk dalam panggung wayang.

Dah dalam kereta ammi rasa macam alien bila dorang bertiga dok ulas pasal movie Sheriff tu.  Ozil siap pandang ammi pastu buat dialog "ehhhhh awak ni siapa?"... hahahah lempang karang.

Balik dari menonton tu singgah rumah kejap, solat bagai pastu keluarlah terus ke rumah kakak ipar.  Ammi ni pulak tak mandi sebab rasa macam elok je tukang urut tu lap dengan kain panas.  Sekali bila berpeluh duduk bawah khemah...berlecak rasanya dalam baju.

Khilfi, awak cuti nanti kita date berdua tengok movie ni pulak ye.  Biar dorang jeles kita date berdua.