Sebuah filem berkonsepkan crime/courtroom drama.  Rasanya hampir 70% babak dilakonkan di dalam Mahkamah.


Neru ni bermaksud kebenaran - the truth.

Kisahnya seorang gadis buta dirogol didalam rumahnya.  Yang merogolnya adalah anak orang kaya raya yang boleh beli apa saja.

Macam mana tahu lelaki itu yang merogolnya sedangkan gadis itu buta?  

Gadis malang yang namanya Sara ni pun sedih sebab polis tak tahu macam mana nak kenal pasti perogol jadi dia pun buatlah arca berdasarkan hasil dari "belaian" tidak rela pada wajah perogol tu semasa kejadian.  Dan tengok je hasil arca tu kawan kepada perogol tu yang juga jiran pada Sara kenal bahawa itu adalah kawan dia dan polis pun carilah suspek berdasarkan arca.

Disebabkan bapa perogol tu kaya maka di upah lawyer paling hebatlah kononnya di Kerala untuk mewakili anak dia.  Laywer yang mewakili Sara pulak alahaiiii macam bongok je.  Lepas kalah awal, ayah sara cuba cari lawyer lain untu mewakili anaknya tapi semua lawyer lain dah di"beli" oleh lawyer paling hebat tu.

Sudahnya polis yang mengambil kes Sara ni cuba carikah lawyer lain untuk Sara (polis tu pun diberhentikan dari handle kes Sara ni). Dia minta bantuan rakan untuk jejak balik lawyer yang lama tidak beraksi tapi dia antara lawyer yang power yang juga anak didik kepada "lawyer paling hebat".  Lawyer yang paling hebat ni jugalah yang menjatuhkan anak didik dia sendiri sebab rasa anak didik dia bakal jadi lawyer lebih baik dari dia.  Kes dengkilah ni...tak pasal-pasal Vijayamohan (lakonan Mohanlal) digantung dari menjadi peguam untuk beberapa tempoh.

Masa dalam kamar perbicaraan memang sakit hati betul dengan si Rajasekhar (lawyer bajet hebat) ni.  Dia pusing macam2 cara supaya anakguam dia menang.  Cara kotor pun dia buat juga.

Rajasekhar kata disebabkan bapa tiri Sara juga pelukis arca mungkin bapa dia yang buat arca tu.  Dan dia juga tuduh mungkin bapa Sara yang rogol Sara atau bapa Sara yang bersekongkol dengan perogol demi wang sebab tau perogol tu anak orang kaya.  Sakit hati weiiiii.

Vijayamohan hampir hilang punca kerana permainan kotor Rajasekhar tapi akhirnya dia dapat idea.  Dan dihari terakhir perbicaraan ideanya adalah untuk Sara buat arca baru berdasar sentuhan yang dibuat.  Sentuhan ke atas orang yang dipilih oleh peguam Defendan (perogol tu).  Dan peguam tu sendiri offer diri dia untuk di"arca"kan.



Haahhahah kelakar subtitle dia.

Part ni Sara sedang buat "sentuhan" pada wajah peguam untuk dia hasilkan arca bagi membuktikan memang dia yang hasilkan arca.  Dan bagi membuktikan mmg dia boleh buat arca berdasarkan sentuhan.

Tapi geram tau dengan si Rajasekhar ni..masa ni dia brainwash Sara ni kaw-kaw.  Dia cakap perkara-perkara yang ishhhhh menyakitkan hati.  Mujur Sara ni kuat semangat.  Kalau ammi rasanya dah lama ammi lempang orang tua ni.

Seharian mereka semua tunggu di court untuk Sara siapkan arca seorang diri dalam satu bilik di mahkamah.

Dah hasilnya....


Memang sama.  hahahahh terkejut muka kau kan.  Dan segala pembohongan dan permainan kotor dia ni pun terbongkar.

Filem ni tiada plot twist tetapi babak klimaks membuatkan ammi rasa meremang jugaklah walaupun dah boleh dijangka jawapannya.

Rasanya korang pun dah boleh tau apa jadi pada suspek tu kan...