Makan Apa di Pejabat (7)

Ammi rasa sepanjang minggu lepas dan minggu ni ammi tak snap pun apa ammi makan di office sebab menu ammi sama je.  Salad with grilled chicken yang sama berulang-ulang.  Ammi cuba kurangkan sauce macam yang kawan-kawan cakap.  Ammi guna greek yogurt dan letaklah juga kewpie hot sauce tu sikit untuk bagi color.

Hujung minggu lepas ammi order coffee dari Tiktok sebab manjang aja lupa nak beli masa hujung minggu.  Hari Ahad dapat notification kata parcel dah sampai.


Sampai office, kutip parcel dari security guard, unbox pastu terus je simpan dalam cabinet.  Dan ammi minum je kopi yang lama tu bagi habis dulu.  

Tengahari masa boss ammi nak buat coffee dia macam "wahhhhh we have coffee showroom ke?".  Dan dia terus je unseal Hazelnut jar tu.  Ini first time actually ammi beli hazelnut sebab tak pernah pun walau diluar ammi beli flavour ni.  Mimpi apa ntah masa membeli tu.

Boss, try dan dia kata "hmmmm nicelah Shila" walaupun minum black coffee without sugar.  


Hari Selasa tu pagi rasa lapar pulak, jadi sampai di LRT Pasar Seni stop kejap beli Curry Chicken Puff di Gloria Jeans.  Ini first time ammi makan, dan sedap.  Tapi kulit dia crispy nauuuuu, bersepah-sepah masa makan.  Dan dah alang-alang boss dah bukak jar hazelnut tu kita pun trylah.  Yelahhhhh sedap.


Rabu gatal lagi menapak ke Gloria Jeans tu.  Kalini beli pulak Beef Pie.  Sedap juga.  Minumlah lagi sekali black hazelnut coffee without sugar.


Pagi Khamis beli Gardenia Sambal Bilis Bun je dari MyNews.  Hari-hari nak makan puff Gloria Jeans orang T20 pun boleh jadi B40.  Ahaks.  



Khamis ammi bawa saladlah juga macam biasa.  Kata nak KURUS.  Huhuhu.  Tapi kalini ammi guna Tuna dalam tin.  Tuna Ayam Brand ni kan ammi beli 2 tin kat shopee for only RM9 plus je.  Murah ye.  Biasanya kat kedai dalam RM7.40 satu tin. Yang dalam bekas kecik tu greek yogurt yang ammi letak chili flakes.  Itu je.  Bertabahlah Sharmila makan gitu.  Tapi sebab ada tuna ammi bawaklah juga half lemon.  Risau hanyir ke apa kan.


Tadaaaa, setelah dikacau gaul mesra sebati.  Ok sedap gak.  Tapi masamlah pulak sebab greek yogurt tu memang dah masam juga campur pulak dengan perahan lemon.  


Jumaat ammi kerja sebab boss ammi masih diluar negara.  Tak bawa bekal jadi sampai di LRT Pasar Seni tu kita tapaulah nasi ambeng.  Suruh akak tu letak nasi sikit pastu akak tu cakap "lambat lagi nak raya dik, sekarang ni biarlah gemuk dulu".  

Ammi sengaja breakfast lewat supaya kenyanglah sampai ke dinner nanti.


Pastu belilah pulak oatside milk ni letak dalam coffee tanpa gula.  


Dan ko makanlah pakai sarung tangan plastik ni sebab jari-jari ku pedih.  Bukan pedih sebab eczema ke, allergic ke apa korang...pedih sebab kita pentaksub gigit kuku.  Pagi tadi sambil layan drama Hanya Untuk Dia tu kita leka gigit kuku sampai berdarah-darah.  Padan muka ko.

9 comments

  1. Salad dengan grilled chicken berulang pun okay kalau masih berselera makan. 😄 Idea guna Greek yogurt dan sedikit Kewpie hot sauce tu nampak menarik.

    ReplyDelete
  2. teringat Dato' Vida yang makan nasi pakai gloves sebab dia nak cicah budu. Apa2pun menu sarapan Ammi tu nampak sedap2 aje.

    ReplyDelete
  3. Gigih ya dengan displin menu yg sihat tu, nampak sedap walau simple. Semoga tercapai hajat nak kurus..

    ReplyDelete
  4. Sabar je la akak nasi ambeng tu cakap macam tu 😅 akak tu tak tau ke lemak2 kat badan ni degil betul nak dinyahkan 🤭

    Bila baca tuna letak greek yogurt + lemon tu, ada gak terfikir - tak masam ke? Takpe la Ammi, orang kata makan benda masam ni bakar kalori lebih cepat. Betul ke idok, Wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Cie dah try oatside + moccona. Tak memenuhi selera tekak.

    ReplyDelete
  6. Menarik pulak tengok bersusun balang moccona coffee tu.

    ReplyDelete
  7. kt pantry opis dlu ada yg suka bli kopi moccona tu tp lupa yg no brp

    ReplyDelete
  8. nak cube untuk cut gula juga tapi mcm tak berjaya jer, sehari tak minum manis rasa my nak hypo plak... moccona tu bukan kekopi mahal, heheh wow...

    ReplyDelete