Hari Jumaat lepas Alhamdulillah Kyra dan rakan-rakan selamat tiba di UNITEN untuk Lawatan Penanda Aras STEM dan Motivasi.


Ammi pun taktau apa tujuan lawatan ni sebenarnya.  Untuk dibuka minda anak-anak ni untuk nak tentukan hala tuju lepas SPM ke?  Mungkinlah kotkan.  


Dalam banyak-banyak ni mana satu kepala anak sendiri pun ammi tak pasti hahah.  Banyak juga cikgu share gambar tapi tak jumpa gambar anak sendiri.  

Dalam hati masa mula tu macam "eh dia tak jadi ikut ke?, tak sihat ke? menyorok ke?"...macam-macam "ke" yang keluar.


Dah pepetang sikit baru nampak muka dia.  Ahhhh lega amminya.


Kalau kat rumah bab pasang-memasang ni dia terror sikit.  Kalau ammi beli almari ke, rak ke, kalau ammi mintak Khilfi yang buat biasanya lambat sikitlah jadinya.  Tapi bila suruh kakak yang buat ehhh kejap je siap.


Hasil kumpulan Kyra.

Esoknya Kyra call dan dia kata best sangat lawatan tu.  Dan dia kata, masa buat kerja kumpulan tu kakak jadi tukang pass barang, kemas barang je sebab ramai sangat satu group tu.  Rasa semak sangat bila ramai jadi kakak tolong pass barang dan fikir sikit-sikit je.  Apa-apa jelah kakak janji adalah function dalam group tu.