Rasanya hampir semua pekerja swasta di Malaysia ada mencarum KWSP. At least adalah juga simpanan di masa tua nanti. Jumlah terkumpul setiap orang berbeza ikut pada kadar gaji.
Bila sampai usia kita boleh keluarkan semua duit KWSP kita, ingatlah memang itu duit kita dan suka hati kita apa kita nak buat dengan duit tu. Tapi kalau boleh janganlah buat perkara-perkara dibawah ni terutamanya pada yang KWSPnya tak sampai pun RM300,000.00. Pada yang simpanan KWSPnya tak habis makan sehingga akhir hayat, terpulanglah pada anda nak buat apa.
Jangan renovasi rumah melampau-lampau
Tak perlulah rasanya nak renovate rumah sampai jadi macam istana. Cukuplah sekadar baiki mana yang perlu, contohnya sistem paip bilik air perlu diperbetulkan, pagar automatik rumah perlu diganti baru, bumbung bocor perlu diganti.
Jangan belanja sakan untuk kenduri kahwin
Bukan kenduri kahwin sendiri, kalau ini mencari nahas namanya. Tak perlulah nak berhabisan buat majlis kahwin anak di hotel yang gah. Majlis kahwin bukan untuk dipertandingkan. Dulu abang long kawinkan anak kat hotel A, aku nak buat kat hotel B, nampak mewah sikit. Noooo janganlah gitu.
Buat sekadar yang mampu sebab anak lebih memerlukan duit untuk memulakan kehidupan baru mereka.
Jangan lupa bayar zakat simpanan
Haaa yang ini penting. Itu duit simpanan yang perlu dizakatkan. Salurkanlah ke tempat yang sepatutnya kerana dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Berhubunglah dengan pejabat zakat untuk pengiraan. Barulah rasa tenang hidup tu nanti.
Jangan tamak masuk skim cepat kaya
Waktu-waktu kita tengah gemuk poket nilah ramai malaun akan telefon. Entah dari mana mereka dapat info kita tengah "berduit" tu kan. Rancanglah kewangan anda. Jangan tamak. Berbincanglah dulu dengan pasangan sebab "two heads are better than one". Elakkanlah diri dari jadi mangsa "scam".
Jangan beri duit pada anak untuk bercuti
"Ni ayah transfer RM50,000 kat akaun kamu. Bawaklah anak bini kamu pergi bercuti luar negara". Semua orang sayang anak. Mungkin masa anak kecil kita tak dapatkan nak hadiahkan percutian untuk mereka. Sekali lagi, kalau KWSP kamu jenis yang "makan tak habis" lantaklah. Ini yang KWSP sikit tapi baik nau hati nak memberi tak tentu pasal. Ingat, lama lagi kita nak "hidup" dengan duit simpanan KWSP yang tak seberapa tu.
Mungkin duit yang ada tu bolehlah guna untuk bayar pakej haji sebab nak tunggu giliran kita mau sampai ketar lutut tak dapat-dapat.
Jangan samakan perbelanjaan kita dan orang lain
Yang ini penting. Saudara sebelah isteri kau keluarkan KWSP beli kereta baru yang mahal sebab dia bersara jawatan besar. Kau tak perlu nak "join" sebab kau bersara setakat kerani biasa je jadi guna jelah kereta apa yang selesa untuk kau dan pasangan bergerak ke sana kemari. Faham?
10 Comments
terima kasih atas perkongsian...semoga kita sama2 beringat..umur tak tau sampai bila...nanti belum mati duit dah habis..nak kerja dah tak kuat...
ReplyDeleteBetul² kena gunakan secara berhemah 👍🏻
ReplyDeletetepuk dada tanya wallet lah kaedahnya...kalau poket tebal, mcm2 boleh spend..moga2 kita semua sentiasa dimurahkan rezeki
ReplyDeleteFaham, Puan. :)
ReplyDeleteElok la berjimat cermat. Tak payahlah nak enjoy sangat. Time keluar duit KWSP tu la, ramai orang ngaku sedara.
EPF ialah simpanan hari tua kita. Jadi berpada2lah dlm berbelanja. Manalah tahu umur kita panjang...mana nak cekau duit jika duir kwsp dah abis?
ReplyDeletebtul sgt Ammi.. hidup semakin kerasss di zaman madanon ni.. lg lah kena berhemah..
ReplyDeleteTerima kasih kongsikan.
ReplyDeleteHiduplah secara bersederhana.
Terima kasih mengingatkan. Semoga kita tergolong dalam golongan duit kwsp tak habis makan wpun tak sampai 300k, hihi.
ReplyDeletereno rumah tu paling ramai laa...
ReplyDeletekdg terfikir usia dah meningkat ni
tak perlu rumah tinggi / besar.
nnt nak mengemas pun payah
kalau jenis skt lutut tu
sng ke nak turun naik tangga, kan?
apa2 pun tepuk dada tanya iman...
KWSP akak banyak dah keluar, akaun dua sekarang guna untuk pembelajaran Dania...
ReplyDelete