Lama dah tak ambil gambar apa yang encik suami masakkan untuk dinner setiap hari.  Kadang-kadang lauk dia sama je (ehhhhh sekurang-kurangnya dia berkejar-kejar masakkan untuk ko).

Ini lauk yang abah masak Jumaat lepas.  Yes, ammi kerja sebab ada kerja yang memerlukan untuk ammi bekerja di office.  

Masa on the way balik tu abah tanya, nak masak apa.  Dan ammi jawab "apa-apa jelah".  Pastu sejam kemudian ammi cakap "kalau malas masak kita makan luar jelah, tapi nak makan kueh tiow goreng sedap".  Dan abah reply kata "dah nak siap masak dah pun.  Huhuhu.



Sup sayur


Daging goreng kunyit.  Nampak macam kering tapi juicy wehhh.  Camna abah buat?  Nak tanya malu pulak.  Ahakss.

Yang best, ammi ingatkan ammi ambil kacang panjang.  Laju je kunyah sekali cili padi korang.  Tersedak kepedasan terus.



Telur mata bersambal.  

Sambal ni sebenarnya ammi buat dah nak hampir sebulan.  Kononnya nak jadikan sambal ikan bilis tapi memang taklah korang.  Pedas sungguh sambal ni.  Pedas yang abah pun kata pedas.  So, ammi frozenkan, dan abah pakai sikit-sikit buat rencah, buat telur camni.  Ammi mampu cuit sikit-sikit je.


Dan masa ammi tengah buat entri ni ammi terbayang-bayang nak makan creamy meatball spaghetti macam kat gambar ni...


Nak suruh abah masakkan menu macam ni memang lambat lagilah sebab ini bukan forte abah.