Hari Isnin lepas ammi mintak izin boss untuk balik lebih awal dari biasa.  Ammi plan nak kejar komuter yang pukul 2.44pm kat KL Sentral tu sebab nak buat preparation untuk sahur pertama esok.  

Boss tak ada masalah, cumanya ammi yang terkeluar lewat sikit.  Dalam 1.30 baru terkial-kial nak tutup pc, pakai kasut, cari grab.  Susah rupanya cari grab/ride during lunch hour ni.

Ammi dapatlah naik MRT dari Phileo nak ke stesen Muzium Negara tu, tapi ammi tengok jam masa dekat stesen sebelah, jam dah pukul 2.40pm.  Dari stesen Muzium Negara ke KL Sentral tu boleh berpeluh jugaklah nak menapak.  Tak cukup de 4 minit plus ammi tak beli tiket lagi.

Fikir laju-laju apa nak buat, sudahnya ammi turun kat stesen Bukit Bintang.  Kenapa tak naik bus?  Bas pertama sessi petang dari Pudu Raya ke Seremban mula jam 4.00 atau 4.30 petang.

Turun kat stesen Bukit Bintang keluar di Pintu C dan teruslah berjalan dalam 2-3 minit ke Sungei Wang Plaza.  Dah lama dah nak kesini nak buat heel scrub manjang je tak berkesempatan.


Malas nak survey-survey kedai sebab memang rata-rata sama je rate dia.  Ammi pun tak tau kedai mana yang bagi servis yang bagus.  Kita cuba jelah yang ini dulu.  

RM55 sehingga licin tapak kaki.  Dan yang best masa nak turun dari kerusi ni siap nak tergelincir sebab licin nau kaki tu lepas dia scrub dan letak lotion.  Mujur kuda-kuda boleh "pakai" lagi.  Kalau takkkkk confirm split macam ballerina.  Ahakss.

Dalam 3.30pm semua dah settle dan ammi pun tak adalah cadang nak mengukur jalan dalam Sg Wang ni.  Perut pun lapar bukan kepalang dan on the way nak ke stesen MRT tu ammi lajak ke depan sikit sebab nampak ada signage chiking.


Ambil set untuk sorang makan.  Ada burger ayam, ayam seketul, fries dan pilihan air.  Harga termasuk cukai dalam RM19++ gitu.  Boleh tahanlah rasa ayamnya...ada rasa pedas2 manja.  Burger tu ammi tak makan pun sebab rasa kenyang pulak, so kita mintak plastik dan bawak jelah balik.

Sampai di Pudu Raya dalam 4.15pm dan uncle potong tiket tu pun baru je park motor dia.

Dannnnnnn...tak jadi jatuh di kedai sebab kaki licin nau, ammi jatuh dalam bilik air kat rumah masa nak ambil wuduk solat asar.  Punyalah licin.  Apa kejadah benda yang dia letak kat kaki ntah.  Puaslah ammi duduk kat bangku menyental kaki nak hilangkan rasa licin tu.

Hadoiiiii sudahnya 2 hari juga rasa sakit kat peha tu.  Chooooiiiii.