Dalam group Seremban di Facebook haritu ada orang share gambar bus ni.  

So, marilah kita berKLMJ mengimbau kenangan lalu yang mengusik jiwa.

Ini bus zaman ammi sekolah dulu-dulu.  Masa ammi masuk U dulu pun bus ni masih wujud dan beroperasi lagi.  Tapi entah bila perkhidmatan bus ni ditamatkan ammi pun taktau.  Nak-nak bila dah kahwin, dah tak ada keperluan nak naik bus bila balik Seremban.  Dan kalau ammi balik sendiri dulu pun ammi lebih senang naik komuter sebab rumah ammi di KL dekat dengan stesen Bandar Tasik Selatan.  Sampai Seremban, ammi naik je taxi atau abang ipar ammi akan jemput.

Kalau kat Seremban dulu ada kawasan yang bus kuning ni jaga, ada kawasan yang bus biru handle (SKN) ada juga bus warna merah (Southern).  Nak menghala ke rumah ammi, ketiga-tiga bus boleh naik.  Tapi ammi memang lebih prefer naik bus kuning ni sebab macam dah kenal semua uncle yang drive dan potong tiket bus.  

Aterrrr...setiap hari gi sekolah memang akan naik buskan.  Dibuatnya naik bus yang jiran ammi yang drive...terus free.  Dari depan uncle tu akan dalam bahasa Tamil dengan conductor dia "budak melayu rambut panjang tak payah potong tiket".  Dapatlah beli ice cream dengan duit 30sen tu.  Ahaksss.  Dan ada sorang uncle conductor tu kalau ammi bagi dia 30sen...dia suka bagi ammi tiket 20sen pastu pulangkan balik 10sen.  Kecik nau agaknya ammi ni nampak macam budak sekolah rendah hahahah.

Jiran lama ammi Uncle Joseph ni pun dah meninggal.  Uncle-uncle conductor yang lain tu pun mesti dah tua.  Dahhhhh seketul budak sekolah ni pun dah tua...apatah lagi uncles tu kan.

Kak SA, cam tak lokasi gambar ni di ambil?  Depan stesen keretapikan?  Yang depan tu post office ke?