Ini kisah kejadian masa menulis nama ada dibuku sekolah.  Sebelum ammi decide untuk pergi tempah rubber stamp je.  Tak kuasa aiiii nak menulis bebanyak.

Masa kejadian baru ada sorang je anak yang bersekolah rendah.  Khilfi dah sekolah tadika tapi buku dia semua cikgu yang tulis nama dan simpan di sekolah.  Mak ayah bayar je...tau-tau ehhhh anak kau dah pandai baca menulis.  Thank you to all Little Caliphs teachers.

Korang pernah jadi macam ni masa tulis nama kat buku sekolah anak?

Dah tulis nama bapak baru perasan nama anak tak cukup satu...ahaksss...gini pun bolehlah.

Dan walaupun buku ini buku sekolah agama...adalah lebih baik sekiranya ammi tulis nama rumi je.  Kalau tulis jawi nanti takut cikgu pulak kena masuk kelas mengeja.