Is it ok bila anak di asrama tak call?

Ammi pernah share posting yang ini dulu di blog lama yang telah berkubur selamanya masa Kyra mula-mula masuk asrama.  Walaupun asrama Kyra masa tu hanya lebih kurang 6 minit dari rumah kalau naik motor, tapi hati mak ni memanglah meronta-ronta nak tau.  Dia ok ke tidak, dia selesa ke tidak.  Dah nama pun mak.

So, sekarang ammi dah ada pengalaman 2 orang anak anak di asrama...ammi tengok sebenarnya yang perempuan lebih kental berbanding yang lelaki.  Kyra dulu call sehari pastu 5-6 hari kemudian baru dia akan call itupun sebab dia nak cakap "boleh tak kalau kakak nak air ribena, boleh tak kalau kakak nak biskut coklat"...ha gitu.

Seingat ammi pernah sekali je Kyra call masa dipenghujung tingkatan 2 dan nangis "Ammi, kakak rasa sedih sangat"...bila tanya kenapa dia terus nangis sedu-sedu.  Rupa-rupanya bestie dia ignore dia sebab dia bercakap dengan orang yang bestie dia tak suka.  Alahaiiiii budak-budak.  Silalah jangan libatkan orang lain dengan masalah "tidak suka" kamu tu.  

***********************************

Tapi Khilfi sejak hari pertama dia masuk asrama dia call setiap hari.  Kadang-kadang cuma nak cakap..."Assalamualaikum, I Love You Ammi".  Tapi ammi ingat hari ke-4 dia di asrama dia call dan cakap "Ammi, can I quit?" dengan suara yang sangat low.  Ammi dengar tapi buat-buat tak dengar.  dan ...terus dia cakap...tak ada apa-apa.  Ok bye.

Pernah juga dia call dan selepas beberapa minit berborak dia tanya "Ammi, is it ok if I go and see counselor?"... Bila ammi tanya kenapa terus dia nangis menggugu-gugu dan senyap.  Heyyyy hati ammi ni dah taktau nak cakap apa...bila yang nangis tu anak lelaki.  


Ammi: Abang, tell me what happen?
Khilfi: My dormmate selalu bodyshame abang.
Ammi:  Semua?
Khilfi:  Tak, sorang je yang duduk kat tingkat atas katil abang.
Ammi:  Dia bodyshame macam mana?
Khilfi:  Dia selalu cakap "kau hitam, gemuk macam ba*i".  Kalau sekali abang ok...tapi hari-hari.  Abang stress.  Abang rasa nak tumbuk muka dia.
Ammi:  Heyyyy...don't do that.  Sabar, biar orang buat kita kita jangan buat orang.  Kalau abang pukul dia lagi besar masalah nanti.  Abang sayang ammi kan?  Anak soleh ammi tak sakitkan orang lain.   

Ammi share masalah ni dengan boss ammi...yelah kat office ammi hanya ada dia je nak borak.  And cadangan dia untuk "menjawab" pada pembuli tu not bad.  Ammi sampaikan pada Khilfi and Alhamdulillah...dia dah tak complain pasal kawan tu bodyshame lagi.


Ni setelah 5 bulan di asrama mungkin dia semakin selesa disana.  Ammi happy walaupun ammi tertunggu-tunggu juga panggilan dari anak lanang yang sorang ni.  Sebenarnya ammi rindu juga dengan night wish dia.  Dia nilah satu-satunya anak yang tanpa fail akan wish good nite pada ammi, yang akan minta maaf sebelum tidur.  Walaupun ayat dia sama je setiap hari tetapi bila tak dengar rasa rindu pulak.

Ammi rindu nak dengar abang sebut "Assalamualaikum, Good Night, abang minta maaf abang buat salah kat ammi tadi"...



Post a Comment

9 Comments

  1. Budak2 memang mulut jahat suka bodyshame orang. Kadang2 khilfi memang kena menjawab sikit biar pembuli tu terkedu. Lagipun yg suka bodyshame khilfi tu pun sorang jekan, herdik sekali baru dia tau agaknya kita pun ada hadnya.

    Semoga baik2 jelah anak2 puan duduk di asrama dan belajar rajin2!

    ReplyDelete
  2. Ammi, share la apa yg boss Ammi ajar Khilfi jawab kat kawan dia tu, teringin nak tahu, hahaha.

    ReplyDelete
  3. alahai...baca ni pun aku dah sayu, mcm ne la bila Ian or Iris masuk asrama nanti kan.... aku pun pernah lalui semua ni..call ibu pukul 3 pagi ckp nak quit..nak balikkk.... yg ibu dha terkejut anak dara dia call pukul 3 pagi kan..nangis2. siap dgr suara ayah ckp..jgn nak ngada2...alahai.. but after a few month, alhamdulillah ok dah.. but bila turn anak sendiri nanti. ntah la. maun mummy yg call tiap2 hari kot..

    ReplyDelete
  4. Nasihat boss tu ada melibatkan ugutan untuk saman bodyshamers tak? 😬✨

    ReplyDelete
  5. MZ tak de pengalaman anak2 masuk asrama...tp ni haaa my zharfan dh masuk matriks uia...so MZ ler rindu2an...tp sekrg ada wasup so senang jer tanya dia mcm2 :) tanya kelas ok ker tak, tanya mkn apa etc pusing2 soalan yg sama jerrr

    ReplyDelete
  6. Anak Ummi, abg tu dulu form 1 2-3 kali sehari call. Pukul 5 pg dah call haha...now dah f3, kdg seminggu sekali je call. Lupa katanya 🙄

    ReplyDelete
  7. sebak pula rasa,bergenang airmata...dah duk bayang macam mana la Pia tahun depan ni duk asrama,tinggal dia dekat kampung pun saya minta dia call hari2,tapi bila dia tak call saya pula yang bising cakap dia tak ingat saya.Katanya Pia tak call maknanya Pia ok...huhu

    ReplyDelete
  8. No news is a good news!
    Ok tu Ammi.

    ReplyDelete
  9. Terharuuu sangat baca percakapan Abang dengan ammie nya 🤧. Kenapalah masih saja ada orang yang suka membully orang lain. Terkadang saya ingin tahu, seperti apa ajaran orangtua dari anak itu. Tak pernahkah diajar untuk respect each other😔

    Tapi syukurlah kalo Abang sudah mulai selesa ya kak. Semoga Abang semakin kuat juga menghadapi hal2 macam tu, dan bikin dia semakin dewasa.

    ReplyDelete