Bila kucing ni dah pandai keluar rumah, risau gak kalau tak divaksin tak dibagi ubat kutu bagai.  Dibuatnya dia balik dengan penyakit satu hal pulak.  Si Garfield ni bulu dia dahlah lebat macam apa je ntah.  Asal dia balik je mesti ammi ambil glove atau sikat dia, bersihkan bulu dia.  Segala habuk sampah kecik-kecik melekat kat ekor kembang dia tu.

Untuk vaksin, sunat dan mandulkan kucing semua ammi buat kat Klinik Veterinar Dr. Hawa (yang ammi pergi yang cawangan di Bandar Baru Nilai).  Memanglah agak jauh juga dari Seremban ke Nilai tapi kalau harganya murah why not.  Memang murah sangat kat klinik ni.  

Vaksin biasa cuma RM19 je.  Macam yang ammi ambil untuk anak bulus ni yang pakej (vaksin, ubat kutu & ubat cacing) jadi harganya cuma RM44 je.

Sunat haritu untuk jantan RM98.00 dan mandulkan betina RM118.00.  Memang murah bangetlah pada ammi compared dengan Vet yang lain.  Bab service setakat ni ammi rasa ok je.  In fact masa sunat & mandul tu harga tu termasuk dengan "wardcation" budak-budak ni 3 hari 2 malam.  Chewahhhh wardcation kononnya.



Menggelabah betul si Garfield ni duduk dalam kereta.  Padahal dah berkali-kali bawak naik kereta.  Menganga, mengiau sepanjang dari Seremban ke Nilai.  Letak makanan pun dia tepis-tepis.  


Tengok adik kat sebelah bising...ehhh si kakak pun masuk korum jugak.  

Baru perasan bila dorang takut anak mata dorang jadi memanjang.  Anak mata dia biasanya elok je cantik bulat...ni tetiba memanjang gitu.  Menakutkan betul.

Si Aliplah kat belakang tu tukang pujuk.

Alip:  Apil nak apa ni? Apil tak sakit tekak ke jerit-jerit? 
Dia memang panggil Garfield apil...


Menunggu giliran untuk masuk bilik rawatan


Kakak asalnya tak suka sangat dengan kucing, tapi sekarang dah nampak dia semakin sayang kat kucing-kucing ni.  


Buku vaksin & rawatan Garfield.  Boleh tahan berat anak bulu bujang ammi ni.  9 bulan 3.8kg beratnya


Poppy pulak ada lagi satu kali dose vaksin.  Sebab dia betina confirmlah dia pun macam anak-anak gadis kat luar sana yang jaga badan.  Umur 9 bulan baru 2.9kg je.

Lepas je kena cucuk diam dah dua-dua dalam kereta.  Weng agaknya.  Biasanya lepas vaksin sehari jugak dorang jadi letih lesu takde lompat berlari-lari.

Dan biasanya sebab dah tau lepas vaksin dorang lembik tidur je, makanya dah alang-alang datang jauh dari Seremban ke Nilai maka kita siapkan makan minum cat dalam kereta dan kita pulak keluar gi cari kopi ke, cari kuih, cari cendol.  Ha...win-win situation gitu.