Semenjak kakak masuk asrama dulu, setiap kali cikgu post gambar anak-anak tak kiralah didewan makan, disurau, didalam kelas, di bilik prep ammi mesti excited cari gambar anak sendiri.  Dapat tengok sipi-sipi baju pun dah happy sebab tau anak tu ada dan sihat.

Ni kakak dah tak duduk asrama maka kuranglah satu penderitaan emosi ammi.

Ini giliran Khilfi pulak.  Kalau diikutkan Khilfi lebih manja sikit compared with kakak.  Khilfi ni sejenis yang setiap malam akan call semata-mata nak cakap "Assalamualaikum ammi, good nite, I love you".  Dia dah terbiasa dengan rutin ni dari dulu.  Ingatkan dah masuk asrama ammi dah tak dengar dah wish begini setiap malam...rupanya Allah hadirkan anak yang jiwanya sentiasa dekat dengan ammi.  Alhamdulillah. Semalam pukul 11.20 malam baru dia call sebab dorang ada training untuk Talentime Jumaat nanti.  Stress juga dia sebab asyik bertukar je lirik dan choreo.  


Gambar hari Isnin dalam kelas.  Ini gambar sebelum KPM benarkan pemakaian T-Shirt & seluar track setiap hari.  Panas kot kan kalau kena pakai camni dalam kelas.  Melaka cuaca dia bukan macam Genting Highlands.  Ahakss


Gambar anak-anak solat Jemaah di surau...dapat juga trace anak sendiri.

Memula ammi ingat jemaah perempuan kat belakang yang betudung putih tu...ishhhh anak lelaki sapa agaknya ni?


Gambar dalam dewan makan.  Pinggan orang lain ketiadaan hijau...pinggan anak ammi merumpun hijaunya.  Dia kata pakcik DM letak satu je sayur tu...tapi abang buat muka tak malu tanya "boleh tak kalau nak lebih sikit".  

Mesti pakcik DM tu happy ada orang nak habiskan sayur tu.


Gambar luar kelas.  Ammi ingatkan anak ammi dah kemetot.  Ada lagi yang lebih comel dari dia rupanya.


Ewahhhh bukan main sedap duduk gitu ye.


Dalam kelas.

Haritu kami parents semua sebulat suara berkongsi duit beli industrial fan 2 biji untuk kelas.  Khilfi memang complain kelas dan dorm dia panas siap bawa kipas kecik yang rechargeable ke asrama.  Ada masa dia bawa kipas ke kelas.  Sekarang ni tak perlulah diusung kipas kecik tu.