Giveaway pertama ammi untuk tahun 2023 ni.  Terima kasih Cik Nur kerana menjemput... tapi lambat pulak ammi nak join sebab sibuk sungguh kat office.



  

Alhamdulillah untuk 23 tahun penyatuan,
Alhamdulillah kerana diberi kesabaran menjadi isteri,
Alhamdulillah kerana diberi suami yang memahami,
Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang menyayangi,
Alhamdullilah untuk kebahagian yang dikecapi.

Semoga Allah terus limpahkan pasangan ini dengan rahmat dan kasih sayang sehingga ke akhir hayat dan izikanlah pasangan ini berpimpin tangan disyurga kelak.

Semoga Cik Nur & Abang Eman jalan pimpin-pimpin tangan sambil makan muruku bila dah tua nanti... kalau Abang Eman dah tak ada gigi nak gigit, Cik Nur tolong lembutkan muruku tu tau ahaks....