Kyra dan pertandingan-pertandingan disekolah, ibarat isi dengan kuku.  Ada pertandingan atau persembahan mesti ada muka dia.  Lepas tu setiap kali pertandingan jenis bicara berirama, kalam jamaie ni balik-balik dia jadi Conductor.  Dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah.  

Pertandingan Kalam Jamaie 2022 peringkat Kuala Lumpur ni diadakan di Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) sekitar penghujung November atau awal Disember.  Tak ingat pulak ammi exact datenya bila.  Tulah bila lama sangat perap content...ginilah jadinya.  Yang ammi ingat pertandingan dibuat hari Jumaat dan hari yang patutnya dia pulang bermalam.  Selalunya abah jemput dia selepas solat Jumaat, tapi haritu ammi dulu yang sampai ke rumah dari office.  Hampir pukul 6.30 petang baru Kyra sampai ke asrama.  Mujur juga asrama dan rumah cuma sepelaung...kalau tidak mau malam juga baru dia sampai rumah.

Ammi sebenarnya bagi tau kat dia untuk stop dari sertai mana-mana pertandingan sebab dia macam dah spend banyak masa untuk pertandingan Bicara Berirama haritu.  Ammi nak dia fokus pada pelajaran pulak.

Tau-tau dia call bagi tau dia join kalam jamaie ni juga sebab dia kesian kat Ustazah.  Tak ada sesiapa yang nak jadi conductor.  Ehhhhhhh dia ni.


Team sekolah Kyra pakai baju rasmi hostel je.  Dan tudung anak ammi ni kalau tak herot berot memang tak sah ye.  Tudung kawan yang lain tu elok je.


Video yang dihantar oleh guru pengiring.


Alhamdulillah...sekolah Kyra muncul johan.  Dan mujur juga tudung tak herot di atas pentas.


Hadiah kemenangan taklah gah...tapi cukuplah untuk bawa sedikit kemanisan dan pengalaman dalam hidup.



Hingga harini ammi masih nampak envelope berisi duit kemenangan untuk dua-dua pertandingan yang dah dibahagi sama rata yang masih belum berusik.  Memang nak dibiarkan duit tu dalam envelope je ke macam mana Kyra Saffiya?



Bergembiralah dengan kemenangan...


Alhamdulillah...semoga anak-anak di sekolah ini terus cemerlang dalam semua bidang.


Malap sungguh lampu dalam bilik kamu ni.  Dah kelabu hasap je ammi tengok warna wall paper tu.