Hari Jumaat lepas ammi ni kononnya lepas kerja nak mengukur keluasan Sogo.  Bila diingatkan semula, lama dah tak kesini.  Sampai di stesen MRT Merdeka terus aja ke stesen Plaza Rakyat (sini tempat transit dari MRT ke LRT).  Kononnya nak naik LRT ke stesen Bandaraya (stesen berhampiran Sogo tu).  Sekali ehhhhh LRT ada masalahlah pulak.  Apa punca masalah tidak diketahui sebab pembesar suara kat LRT Plaza Rakyat tu sendu je bunyinya.  

Ada LRT transit dari stesen Masjid Jamek ↔ Hang Tuah.  Ke Bandaraya ilek.

Sudahnya jom balik jelah terus.  Malas aih nak bersusah payah demi nafsu membeli belah menghabiskan duit.


Transit dari stesen Merdeka ke Hang Tuah.  Kena naik tangga untuk ke platform di seberang sana untuk meneruskan perjalanan naik LRT yang menghala ke Putra Heights.


Lautan manusia di hadapan.

Perkara biasa di mana-mana.  Orang akan bersesak-sesak di lokasi paling hampir dengan tangga, dengan lift....hellooooo kalau korang jalan ke belakang sikit confirm korang tak yah berdiri pun dalam LRT tu.


Pesakit lutut mengambil inisiatif berjalan hingga ke hujung station dan duduk dengan amannya sambil menlunjur silang kaki.


Dan sibuk mengambil gambar orang lain.



Laporan di laman Facebook Rapid KL... oooo ada kerosakan pada struktur jejambat di Stesen LRT Bandaraya rupanya.  



(Sumber:  Facebook Rapid KL)
Inilah kerosakkannya agaknya...uihhhhhh ngeri.


(Sumber:  Facebook Rapid KL)
Semoga kerosakan dapat dibaikpulih dengan sesegera yang mungkin bagi memudahkan perjalanan para pengguna.  Pagi tadi pun nampak ada hebahan dalam radio kat gangguan masih berterusan.