Assalamualaikum...

Penghujung bulan 2 nanti insyaallah adik ammi bakal tamatkan zaman menduda dia.  Kami kakak-kakaknya ni pun ambillah peluang untuk siapkan barang hantarannya.  Mula-mula plan nak guna bekas hantaran masa bertunang tu je...tapi sebab perjalanan balik dari Kelantan haritu jauh jadi ada kotak yang kemek.

So, Jumaat lepas since boss kata takyah masuk office, dan ammi tengok keadaan kerja agak tenang, makanya dalam pukul 3 petang ammi ajak along ke Nilai.  Kebetulan along ammi pun cuti haritu.  So, jomlah kita tinggalkan suami dan anak-anak yang tengah sambung mengecat bilik tidur...jom kita merendek.


Naik train pagi..tapi dekat pukul 10 juga sampai Seremban sebab ntah brapa puluh kalilah nak stop tunggu signal train ni.  


Ammi ke One Stop Centre kat Nilai ni... VR Star namanya.  Memang segala benda tentang perkahwinan ada kat sini.  Dah takyah sibuk-sibuk nak keluar masuk kedai lain dah.

Harga dia ammi pun taktau mahal atau murah.  Tapi harga biasa dan harga member memang sangat jauh bezanya.  So, ammi pun terus je jadi member.  

Cara nak jadi member cuma bagi dia IC, nombor telefon dan bayar RM15.  So, lepas ni sesapa rasa nak membeli kat kedai ni tapi taknak jadi ahli silalah bagi je nombor telefon ammi ye.  Bab ada points terkumpul atau tak ammi tak tanya pun sebab memang rasa sekali ni jelah pegi pun.  








Kitorang decide untuk pilih hantaran yang dah siap gini je.  RM89 untuk 5 set yang dah siap.  Ini ammi rasa cantik cuma bunga warna biru tu je kitorang tukar sebab kusam nau bunganya.


Kita beli bunga asing untuk nak tukar bunga yang kusam itu.  Tengah try mix-mix 


Beli bunga ni nanti tinggal cabut bunga biru pastu cucuk-cucuk je dengan bunga baru ni.  Part ni kita kasi along jelah yang buat.  Ammi kalau buang lain maciam jadinya karang.

Korang ingat tau...kalau ada terpergi kat sini pastu taknak jadi member guna je nombor telefon ammi.  Siapa yang dah ada tu memang ada...yang tak ada tu rasa-rasa nak mintak je kat comment ye.  Sebab kalau pergi sekali sekala nak jadi member macam tak berbaloi pulak. 

So, part mencari kotak hantaran settle.  Bab hantaran pun banyak yang dah settle cuma tinggal bab makanan atas hantaran tu je kalau tak silap.