Hari terakhir 2022 kami tutup dengan kenduri tahlil dan doa selamat dirumah kakak ipar ammi di Senawang. Doa selamat agar majlis pertunangan anak buah ammi pada esok harinya berjalan lancar, doa selamat sebab Ozil dan Dadek dah selamat bersunat.
Pagi Sabtu tu gigih ammi ajak abah mencari Mee Kari Railway Rasah sekali dia tutuplah pulak. Untuk kak Suria Amanda yang bertanyo kek mano diam eh kodai ni... kek Somban 2 lotak eh kak. Kek jalan nak poie Jusco tu.
Mee Kari Railway Rasah97, Persiaran S2 B1, Seremban 2,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Gambar ihsan Google.
Dah tutup dan alang-alang kat Seremban 2...google jelah tempat lain. Nampak restoran Selero Negeri. Ada gambar Mee Kari jugak kat situ.
Sekali bila pergi...ehhhhhh takdo mee kari, takdo lontong, takdo mihun sup padahal kek dinding eh elok yo bertampal sticker mee kari, lontong bagai. Pendek kato ado yang goreng-goreng yo. Hmmmmm...potong stim boto lahai. Takpolah...takdo joki nak makan mee kari nampak gayo eh. Makan yolah apo yang ado.
Selesai makan bersegeralah ammi ke rumah kakak ipar kat Senawang..jangan durhaka dengan kakak ipar yang ajak datang awal untuk merewang. Sampai-sampai salin seluar terus duduk kat dapur. Mithali sangat rasanya adik ipar ni.
Yang kat belakang tu takyah nak posing sangat. Orang yang tangkap gambar ni nak tangkap gambar Mandak sorang je...tu yang gambar korang blur.
Tiba-tiba datang cinta hati saya bila tengok bini dia kena siang ikan sorang-sorang. Lepas ikan nak kerjakan daging ngan tetel pulak.
Ayam biar bakal tunangan orang yang kerjakan sendiri. Tapi sebenarnya dia dari malam sebelumnya dah mengerjakan ayam masa kat rumah atuknya. Ayam-ayam ni hasil belaan atuknya (belah ayah) kat kampung, jadi dialah yang tolong atuknya sembelih, buang bulu, salai bagai. Tiap kali ada kenduri kat rumah kakak ipar memang ayam import dari rumah atuk. Jimat banyak.
Shiannnnnn anak buah mandak dah tersadai gini. Ni baru kenduri kocik-kocik...nikah sok nasib ko lah kan. Mandak nak datang bawak poghut yo.
Selesai sediakan bahan prep (untuk org bahagian masak-masak nanti).... ammi pun mandi, solat, makan tengah hari dan balik rumah jap. Mujur rumah sepelaung je boleh ulang alik walaupun kena hadap jam sikit-sikit. Memandangkan bahagian ammi dah settle dan masak-masak memang bahagian jiran-jiran jadi nak balik pun takde lah rasa bersalah sangat.
On the way balik, anak-anak request cendol. Ammi plan nak makan kat Kampung Sentosa je sebab memang akan lalu situ. Sekali kat traffic light Senawang tu ammi nampak pulak kedai ni. Terus jelah makan kat sini. Tak cubo tak tau
Dulu kedai ni kedai basikal kalau tak silap ammi. Bila jadi kedai Cendol Retro Batu Kikir ni pun ntahlah.
Malam lepas Maghrib baru gerak ke rumah KakChik semula.
Sama pulak baju Kyra dengan baju Kak Yong (anak KakChik). Orang lain pakai tudung helokkkk tudung dia tetap benyek gitu.
Abah datang berkain pelekat je. Kata gi kendurikan...takkan nak pakai seluar yankee pulak. Padahal bini dia lupa nak bawak seluar laki. Nasib ada baju melayu matching ngan kain ni.
Alhamdulillah...majlis berjalan lancar. Lauk sedap (sebab ammi yang siapkan bahan asas ahakssss). Tapi walaupun sedap tetap ammi dapat rasa kekurangan air tangan KakChik. Ammi siap tanya kat anak KakChik..."lauk ni ibu masak ke jiran masak?"...sebab boleh rasa kekurangan itu. Mujur tak ada jiran yang dengar kebiadapan soalan ammi ni.
12 Comments
alhamdulillah...selesai 1 bab yer, tu kenduri kawin plak nanti...
ReplyDeletesekali sekala merewang tu seronok
ReplyDeletemeriah dari awal lagi siap merewang bagai, apa ni ammi anak dara lawa ayu pakai jubah omaknya berseluar jean pulak. gangster sungguh
ReplyDeleteHaaa tau dah..Ahad lopeh pi Jusco...nampak tapi tutup yo...apooo....
ReplyDeletehahaha...selalu juga berlaku kejadia lupa bawa seluar lah...lupa bawa baju lah... . padahal beg dah sendat dah. entah apa je yang diisi
ReplyDeleteAlhamdulillah berjalan dengan baik semuanya. Juga penutup tahun 2022 yang menarik. Semoga tahun baru lebih baik
ReplyDeleteMeriah penutup 2022. Majlis kalau serba serbi siapkan sendiri begitulah meriah dia.
ReplyDeleteNak mi kari, lontong, soto try kat Aisyah De Kitchen Tmn Sri Penaga Sikamat. Mi kari railway Rasah tu macam dah lama tutup bertahun. Tak pernah nampak bukak pun. Selera Nogori tak silap banyak lauk pauk je.
Kenduri ni penat tapi seronok kan.Terliur cendol retro tu...kalau masuk situ kena pakai rambut kerinting & seluar bell bottom tu baru syokðŸ¤
ReplyDeleteSeronoknya Ammi ..lama tak merewang
ReplyDeleteReda aje abah ye hahaha
ReplyDeletePart merewang keluarga ler paling seronok sekali. Rindu aktiviti merewang
ReplyDeletemeriahnya bila dhb berkumpul ramai2 mcm ni
ReplyDelete