Kalau ammi kan... mother-tongue arwah mama adalah bahasa Jawa.  Tapi masa kitorang kecik bila mama ajar cakap jawa kita dok gelakkan mama.  Mungkin sebab dari lahir je dah dengar mother-tongue arwah aca.  Yelah...kitorang masa dari dalam pantang lagi mendiang Acama (nenek) yang jaga.  Memang mama dijaga mak mertuanya ketika dalam pantang dan mesti hari-hari kita dari baby dok dengar bahasa ibunda Aca iaitu Malayalam.  

Bila dah besar sikit mama cuba ajar beberapa perkataan jawa kita dok gelak.  Sekarang terasa nak ketuk kepala sendiri sebab padan muka kan dah tak pandai cakap jawa.  Kalau tak sure boleh converse gurau senda dengan Dana, dengan Wak Warisan Petani, Wak Lat semua kan.

Menyesal kemudian tiada gunanya.  Sekarang ni ammi terasa macam anjing tu tengah gelakkan ammi.