Lepas dah penat berkelah, kita singgah mandi dirumah adik ipar.  Dah singgah tu ehhhh terlamalah pulak.  Asalnya nak mandi-mandi, solat jamak dan keluar lunch sekali dengan adik ipar.  Baru nak keluar, datang pulak adik ipar sorang lagi bawak lauk.  Sudahnya kita lunch jelah dalam rumah.

Settle late lunch sebab nak tunggu nasi masak bagai, abah sempat jugaklah pergi buat site visit di satu dewan dekat satu taman perumahan dekat Alor Gajah.  Ada rezeki adalah....yang penting usaha.

Kita gerak ke Freeport A'Famosa Outlet.  Ammi nak cari handbag sebab handbag ammi dah terkoyak dekat talinya dan ada bahagian yang macam dah decoloured gitu.  Ayat boss ammi masa dia nampak beg ammi "ehhhh go and send this back to the boutique".. ahaksssss.  I bukan beli bag Coach ke LV ke nak hantar gi butik.  I beli bag kampung je.


Tak ramai sangat orang hari Isnin tu.  Jalan pun tak adalah jam sangat dari Paya Rumput nak menghala ke Simpang Ampat tu.


ehhhh kaki si kecik ni.  


Selesai ammi dan kakak beli apa yang patut si no. 2 ni macam biasalah..dia biasanya akan lapar lebih awal dari yang lain.  Nak alas perut makan tteobokki katanya.  Sekali hampa...tteobokki dah habis, ada oden je.  


Nak keluar dari Simpang Ampat nak mencari makan malam, singgah jap tepi jalan beli cencaluk dan belacan.  Sekali dengan sambal belacan pun abah angkut jugak.

Plan untuk singgah je kat mana-mana kedai makan and have our dinner there.  Kedai paling pertama jumpa kat simpang di roundabout tu penuh sungguh.  Tu mau kalau order sejam pun belum tentu dapat.

Jalan ke dalam dan jauh sikit dan alhamdulillah, jumpa kedai ni.  Ni kat Rembau ke Tampin ntahlah.  Rembau kot.


Maka, berdinnerlah kami disini sebelum beransur pulang ke Kuala Lumpur.  Malas nak tidur kat Seremban lagi sebab kitorang ada plan lain hari Selasa tu.